Khamis, 9 Julai 2020

[507] Felo Perdana 2020 - PM Serah Felo Kepada Jemaah Menteri

G2 KALI KEDUA MENEROBOS PROJEK FELO, SATU PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Putrajaya, 8 Julai 2020 - YAB Perdana Menteri telah menyerahkan seramai 82 orang Felo Perdana kepada 31 orang Menteri tengah hari ini bertempat di Dewan Taklimat, Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Mereka telah selesai menjalani kursus orientasi selama 3 hari dan dipilih di kalangan hampir 1,000 permohonan Felo Perdana dan Felo Korporat setelah melalui saringan, tapisan dan temuduga.
Seorang ahli dari G2 berjaya menempatkan diri sebagai Felo Perdana iaitu Hairul Asraf Abas, mahasiswa Tahun Pertama dalam Sarjana Muda Pengurusan (Polisi), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).














































Hairul ditempatkan bersama Izzuddin, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Raub.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyatakan seramai 70% Felo Perdana adalah siswazah manakala 30% lagi adalah siswa. Dari jumlah itu, 40% adalah dari kalangan keluarga B40.
Perdana Menteri juga menetapkan matlamat agar Felo Perdana bersama - sama Kerajaan untuk menentang Covid-19 dan menangani krisis ekonomi yang melanda akibat pendemik itu.
Felo Perdana Siswa akan berkhidmat untuk 3 bulan (semasa cuti semester ini) manakala Felo Perdana Siswazah selama 6 bulan dengan elaun diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Felo Perdana dimulakan pada 2013 dan ini adalah Kohort ke 8. Ia merupakan latihan kepimpinan anak muda aras tertinggi di Malaysia untuk anak muda.
Ini adalah kali kedua G2 berjaya menempatkan ahlinya untuk program Felo. Kali pertama tahun lepas dengan Suria, mahasiswa Sains Sosial (Ekonomi), USM menerusi Felo Korporat di Bousted Holding, anak syarikat Kerajaan dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Kedua - dua mereka adalah Pemegang Emas ARPRM menerusi G2 yang aktif di dalam projek sukarelawan pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti.
Berita : Unit Media G2
Gambar : Hairul Asraf, Kementerian Belia dan Sukan, Astro Awani dan pelbagai sumber media sosial
Video : Kementerian Belia dan Sukan dan Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...