MPS, AHLI MAJLIS ZON SEGAMAT BARU DAN SOUTHERN VOLUNTEERS SEGAMAT EDAR SUMBANGAN PRIHATIN COVID - 19
SEGAMAT BARU, 17 Julai - Sebanyak 40 buah keluarga dalam Zon Segamat Baru di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) hari ini menerima sumbangan bakul makanan Prihatin COVID - 19.
Ia disampaikan oleh Ahli Majlis berkenaan, Tuan Haji Suhaimi Abd Kadir.
"Sumbangan MPS ini dilaksanakan sekitar Taman Tan Leng Ann, Taman Eastern, Taman Hijau dan Jalan Kasturi, Nagasari dan Serikaya, Taman Segamat Baru," jelas beliau kepada Unit Media UMNO Bahagian Sekijang.
Tuan Haji Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sekijang di bawah pimpinan Datuk Dr. Baharum Mohamed berkata, "Turut memberi sumbangan sebagai CSR adalah syarikat Advandced Defence System Sdn Bhd."
Jelajah penyampaian itu turut disertai oleh Tuan Hj Jamil dan Encik Maizatulakmal iaitu pegawai - pegawai MPS.
Ia turut dibantu oleh pasukan sukarelawan Southern Volunteers Segamat dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua MPS, YM Ungku Mohd Tahir Ungku Zakaria.
Semoga dengan sedikit sumbangan menjelang Aidil Adha ini akan dapat meringankan beban keluarga terkesan akibat COVID - 19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)