MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat - Sabtu, 24 Julai 2021 | Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan.
Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT dan Southern Volunteer (SV) Segamat melaksanakan penugasan seperti biasa hari ini di stesyen - stesyen yang ditetapkan berdasarkan penggiliran.
Hari ini menerima kehadiran YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Johor untuk lawatan kerja ke PPV Taman Yayasan. Turut bersama adalah Tuan Pegawai Daerah Segamat, Dato' Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Segamat dan para pegawai pada peringkat Negeri dan Persekutuan.
Hari ini juga adalah hari terakhir secara rasmi penugasan Southern Volunteers di Segamat dan seluruh negeri Johor. Juga, hari akhir untuk Zarith Sofia, salah seorang sukarelawan MyVAC di Taman Yayasan.
Terima kasih untuk semua sumbangan pada hari ini. Tahniah kepada semua yang telah selamat menerima vaksin dos kedua seterusnya lengkap.
Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).
Manakala SV pula menjunjung titah DYAM Tunku Makhota Johor untuk anak muda memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID -19. Salah satu peranan yang dimainkan adalah dengan membantu program vaksinasi di setiap PPV daerah dalam negeri Johor.
#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK #SouthernVolunteerSegamat #SouthernVolunteer #SV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)