SETIAP ORANG PERLU ADA SIFAT ‘ALTUIRISTIC’, KITA PERLU PEMAIN BOLA YANG JUGA MAMPU TOLONG ORANG
ZOOM MEETING, 23 Oktober - “ARPRM mempunyai fokus untuk menyemai sifat ‘altuiristic’ di mana mampu membantu orang lain walaupun ia mungkin mendatangkan risiko.
Dengan kata mudah, ia bermakna tidak mementingkan diri sendiri,” pesan Suhail Mohamed, Panel Webinar ARPRM Siri 9 malam ini yang disiarkan secara langsung secara dalam talian.
“Kita tak nak jika seseorang itu mahir bermain bola sepak, dia hanya main bola sahaja. Dia juga seharusnya mampu memberi khidmat kepada orang lain.
“Pemain bola juga perlu kemahiran lain dan tidak fokus kepada satu sahaja,” jelas Suhail lagi.
Selain Suhail, panel malam ini juga menampilkan Dailami Daniel, Penerima Anugerah Remaja Emas Kebangsaan, Anugerah Perdana Belia Negara.
Siri malam ini dimoderatorkan oleh Mohd Fakkrudin Hasani, Penerima ARPRM Emas 2019. Ia membawa tajuk ‘Belia dan ARPRM’.
Seramai 10 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menyertai webinar malam ini. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Global Wellness Foundation.
Syabas dan tahniah kepada penganjur dan semua peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)