TAMAN YAYASAN, 30 Oktober - Sebahagian mahasiswa peringkat Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan graduan dari #TeamG2 hari ini bersama di dalam program Rentas Anak Muda yang dianjurkan oleh JPKD Kemelah dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat.
Mereka merupakan sebahagian dari 20 orang untuk siri kedua program berkenaan yang diadakan dalam kumpulan kecil.
Program telah dihadiri oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed, Pengerusi JPKD Kemelah.
Dalam pesanannya, Datuk Dr. Haji Baharum menekankan bagaimana mahasiswa dan graduan harus memainkan peranan yang lebih siginifikan untuk menjadikan komuniti dan negara yang lebih baik. Beliau turut berkongsi pengalaman ketika menyempurnakan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama dulu juga pada peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).
Sesi selama lebih dua jam itu telah diadakan di Ngeteh Port, Taman Yayasan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
#RentasAnakMuda #MengangkatNilai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)