PEKAN JABI, 6 Februari - Sukarelawan #TeamG2 telah bersama di dalam Ziarah Kasih Tahun Baru Cina bertempat di Pekan Jabi. Mereka telah mengunjungi lebih 50 buah rumah terdiri dari warga emas, orang kurang upaya, orang sakit dan golongan memerlukan.
Program adalah anjuran Yayasan Makmur Segamat dan diketuai oleh Timbalan Pengerusi Yayasan berkenaan, Tuan Haji Anuar Abdul Manap.
Sedikit ang pow sebagai buah tangan telah disumbangkan menerusi Yayasan berkenaan.
Sukarelawan juga mengagihkan limau yang menjadi simbol Tahun Baru Cina. Jamuan kepada komuniti juga diadakan.
Tahniah kepada semua sukarelawan yang dapat bersama dalam integrasi kaum menerusi sambutan Tahun Baru Cina ini.
#CNY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)