Sesi Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris sempena Permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2022 telah diadakan minggu lepas dan minggu ini di beberapa tempat.
Ia telah dimenangi oleh Mustakim Abdul Kahar dengan esei beliau ‘A Class Outside The Room: Compensating My University Experience During The Pandemic.’ Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Maritim di Universiti Malaysia Terengganu.
Tiga hadiah saguhati pula diberikan kepada Siti Hajjar Ahmad (mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan - Sejarah di UPSI), Mohd Faiz Ahmad (Graduan Kejuruteraan Elektrik dari UNITEN) dan Hairul Asraf Abas (mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan - Pengajian Polisi) di UMT.
Semua esei telah disemak oleh Ketua Juri, Encik Azizi Abd Rahim, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Tahniah kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)