TANGKAK, 18 April - Sebahagian sukarelawan dari #TeamG2 yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) hari ini diraikan menerusi sumbangan baju hari raya, baju aktiviti dan juadah berbuka puasa.
Seramai 9 orang dari 13 orang sukarelawan tersebut telah kembali ke Kolej Matrikulasi Johor sebelum Majlis Apreasiasi Sukarelawan diadakan pada 2 April lepas. Sebahagian lagi berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan melakukan pembelajaran secara PDPR di kediaman masing - masing.
Sumbangan ini disampaikan oleh Muhamad Khairul Izuan Aziz, satu - satunya pelajar Jurusan Perakaunan di kolej berkenaan kepada semua.
Pelajar - pelajar Matrikulasi ini terlibat dalam kerja - kerja kesukarelaan menerusi G2 menerusi program MyVAC, pendaftaran vaksin, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, pembangunan komuniti, pendidikan, enemurator Indeks Belia Malaysia dan banyak lagi.
Terima kasih di atas sumbangan semua untuk tahun 2021 / 2022.
#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)