Sabtu, 9 April 2022

[999] Apresiasi Sukarelawan 3.0

Album 1 : APRESIASI SUKARELAWAN TAULIAHKAN ARPRM, HARGAI SUKARELAWAN

TAMAN YAYASAN, 2 April - #TeamG2 pagi ini mentauliahkan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), menghargai sukarelawan dan meraikan pencapaian menerusi Majlis Apresiasi Sukarelawan 3.0 bertempat di Bawwang Event & Space, Taman Yayasan.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Sekijang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Seramai 16 peserta ARPRM Tahap Perak dan 13 orang Tahap Gangsa ditauliahkan.

Juga seramai 4 orang sukarelawan menerima Anugerah Sukarelawan, 9 orang menerima Penghargaan Sukarelawan dan 17 orang menerima Penghargaan Alumni ARPRM Tahap Emas.

G2 juga memberi penghargaan kepada da orang graduan yang menunjukkan pencapaian akademik membanggakan iaitu Ernee Natasya Mohd Suleiman (Kelas Pertama, Graduan Terbaik Program UiTM SeMalaysia) dan Amirul Izwan Bakhtiar (Graduan Terbaik Fakulti UPM).

Sementara itu, Suria Sipon dan Mohd Firdaus Zainal Abidin juga menerima anugerah di atas pencapaian di dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021. Suria adalah Johan Kategori Wanita Peringkat Negeri Johor manakala Firdaus mewakili Johor untuk Kategori Emas Remaja Perdana.

Turut hadir adalah Encik Hasdi Ismail, Pegawai Unit Rakan Muda mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, pimpinan Bahagian Sekijang dan Mentor ARPRM.

Tuan Haji Mohamad Hasan, Tokoh Guru Daerah Segamat 2020 telah menyampaikan tazkirah sempena menjelang Ramadhan.

Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis. Tahniah semua penerima anugerah.

#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...