HARI 2 DARI 2 - MISI PASCA BENCANA BANJIR MAYC UUM DAN #TeamG2
TAMAN SERI MEDOI, 9 Mac - Malaysia Youth Club Association (MAYC) Negeri Kedah, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah bersama menjayakan Misi Pasca Bencana Banjir Johor 2023 bertempat di Balai Kebajikan Taman Medoi, Kg Jawa.
Misi dua hari ini melibatkan 50 orang sukarelawan terdiri dari 35 orang MAYC UUM dan 15 orang #TeamG2 telah terlibat.
Sukarelawan telah disantuni oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha (Timbalan Naib Canselor - Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UUM) dan Encik Fairuz (Pengerusi MAYC Negeri Johor).
Misi kerjasama untuk membantu pembersihan Balai Kebajikan itu dijalankan dengan jayanya bermula jam 08.00 pagi hingga 06.00 petang. Turut bersama adalah pelbagai agensi Kerajaan, terutamanya Majlis Perbandaran Segamat (MPS) yang menyelaras semua kerja - kerja pasca bencana menerusi Command Centre dan Pusat Kawalan Operasi Bencana.
Terima kasih semua sukarelawan yang membantu. Terima kasih Ahli Majlis Tuan Haji Suhaimi Kadir dan Encik Ahmad Sukaimi Othman, komuniti dan sukarelawan lain.
#PascaBencana #Banjir #BanjirJohor #BanjirSegamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)