MAJLIS RAMAH MESRA MAYC DAN MAHASISWA UUM
HUB BELIA DAERAH SEGAMAT, 9 Mac - MAYC Negeri Johor telah mengadakan Majlis Ramah Mesra meraikan sukarelawan yang terlibat dalam Misi Pasca Bencana Banjir selama 2 hari di Hub Belia Daerah Segamat.
Majlis disempurnakan oleh YB Aznan, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ). Turut bersama adalah Encik Fairuz, Pengerusi MAYC Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat dan Encik Mohd Faiz, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Segamat merangkap Naib Presiden 1 MBNJ.
Semua sukarelawan yang terlibat dalam Misi Pasca Bencana iaitu 35 orang dari MAYC Universiti Utara Malaysia (UUM) dan 15 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah hadir bersama tetamu - tetamu yang lain.
Terima kasih MAYC Negeri Johor, MBNJ dan MBD Segamat di atas penganjuran majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)