Selasa, 3 Oktober 2023

[1,346] Duta Perpaduan Johor 2.0 - Bengkel Siri 2

 DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0 - BENGKEL SIRI 2

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PERSONALITI

Bengkel Siri 1 : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis...

Bengkel Siri 2 : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis...

SKUDAI, 7 - 9 September - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modal Insan dan Personaliti - Siri 2 untuk Duta Perpaduan Johor 2.0 pada 7 - 9 September lepas di Hotel Good Hope, Skudai.

Seramai 118 orang mahasiswa Johor telah dipilih untuk menyertai bengkel ini dari universiti dan kolej seluruh negeri Johor. Sdra Mohd Muhamad Khairul Izuan Aziz dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah dipilih untuk mewakili tetapi menerusi kuota YB ADUN Pemanis, Tuan Haji Anuar Abdul Manap.

Bengkel 3 hari 2 malam itu memfokus berkenaan pembentukan sukarelawan dan projek DPJ 2.0 yang bakal dilaksanakan oleh setiap kumpulan.

Majlis Pelantikan DPJ 2.0 akan diadakan dalam waktu terdekat.

#DutaPerpaduanJohor #DPJ #BangsaJohor #BungaBangsa #TeamG2




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...