Sabtu, 28 Oktober 2023

[1,356] Kompang Walimatulurus - Anakanda Kepada Cikgu Yusri

 10 TAHUN HIBERNASI, KOMPANG G2 KEMBALI CERIAKAN WALIMATUL URUS

KG TENGAH, 28 Oktober - Setelah genap sepuluh tahun berhibernasi, kompang #TeamG2 menerusi Studio Seni G2 dengan kerjasama adik - adik PEMASA tampil kembali menceriakan majlis walimatulurus.

Terima kasih kepada Cikgu Yusri, GPK (Hal Ehwal Murid) SK LKTP Pemanis 1 yang percaya dan sudi menjemput pasukan kompang ini. 

Penampilan kembali pertama ini meraikan majlis perkahwinan anak Cikgu Yusri di Taman Impian Emas, Kg Tengah.

Seramai 50 orang berkompang hari ini. Ia menggabungkan pelbagai generasi- BabyBoomers, X, Y, Z dan Alpha. 

Tahniah kepada semua. Beberapa persembahan lagi menyusul dalam jadual di merata tempat.

#TeamG2 #SeniBudaya #Kompang #RakanMuda #NakKahwin




















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...