Rabu, 3 April 2024

[1,487] Sesi 2 - Proses Pendaftaran Sistem Prolog ARPRM

 SESI 2 - PROSES PENDAFTARAN SISTEM PROLOG ARPRM 

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, tujuh orang peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari #TeamG2 telah menyelesaikan pendaftaran menerusi Sistem Prolog ARPRM. 

Mereka telah sempurna tahap sebelumnya secara Buku Rekod dan kemudian berpindah ke tahap lebih tinggi dengan menggunakan sistem ini.

Tiga orang adalah peserta Tahap Emas manakala 4 yang lain pula Tahap Perak. 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah meluluskan pendaftaran masing - masing bagi membolehkan mereka secara sah sebagai peserta Tahap Emas atau Perak ARPRM. Mereka juga telah mula menetapkan jenis aktiviti, matlamat dan merekod menerusi sistem tersebut.

Selamat maju jaya semua!

#ARPRM #TeamG2 #BungaBangsa







































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...