Ahad, 7 April 2024

[1,489] ARPRM Sistem Prolog - Athirah Pertama Sempurna

ATHIRAH GANGSA ARPRM KE 368, PERTAMA LAHIR DARI SISTEM PROLOG DI MALAYSIA

Oktober 2023 - April 2024

Nurathirah Halim Rashidi, 22 tahun pada Jumaat lepas (5 April 2024) telah menyempurnakan semua keperluan untuk komponen bagi Tahap Gangsa, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Mahasiswa Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini merupakan anak Kg Bumbun, Segamat. Ayah dan ibunya adalah peniaga kedai makan berdekatan stesen minyak BHP Pekan Jabi. Beliau melaksanakan ARPRM menerusi Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Sesi semakan, pengesahan dan refleksi kemudiannya telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 7 April 2024 untuk beliau melibatkan 4 orang : Mizam (Ketua Mentor), Azizi (Mentor Kanan), Mustakim Abdul Kahar (Penilai Dalaman) dan Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat).



Memulakan ARPRM pada awal Oktober 2023, beliau sempurna semua jumlah jam dan bulan untuk empat komponen pada awal April 2024 yang mengambil masa selama 6 bulan.

Athirah melaksanakan aktiviti berikut untuk Tahap Gangsa beliau :

- Khidmat Masyarakat : Sukarelawan

- Kemahiran : Melukis

- Rekreasi Fizikal : Badminton

- Jelajah Lasak : Kem PGA

- Komponen Tambahan : Khidmat Masyarakat

Beliau juga menjadi peserta ARPRM pertama di Malaysia yang sempurna melaksanakan perekodan menerusi Sistem Prolog. Menerusi sistem ini, perekodan dilaksanakan secara dalam talian termasuk memuatnaik gambar sebagai bukti. Pengesahan juga dilaksana secara dalam talian. Ia menggantikan catatan menggunakan buku rekod.

Syabas dan tahniah buat Athirah. Kejayaan ini merupakan satu detik bersejarah dan penting dalam transisi ARPRM di Malaysia.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #ARPRMdigital






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...