Rabu, 4 September 2013

[80] Kibaran Jalur Gemilang : Ledang - Merdeka Di Puncakmu

   KERAJAAN Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Johor bersama 56 orang belia seluruh Johor mencipta sejarahnya tersendiri pada malam 31 Ogos 2013 sempena Hari Kemerdekaan ke - 56 Malaysia. Pendakian Malam Ledang : Merdeka Di Puncak Mu bermula lebih kurang jam 10.30 pagi 30 Ogos 2013. Telah sampai di Puncak Ledang jam 11.30 malam 31 Ogos 2013 untuk Kibaran 56 Jalur Gemilang jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2013. 
 
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sungguh bertuah kerana menjadi sebahagian dari catatan sejarah ini. Tiga orang berjaya ke Puncak Ledang di tengah malam gelita : Khalid Abu Talib (Ketua), Muhd Salleh Zainal (Koresponden Media dan Unit ICT) dan Norfarihana Kamal. Manakala Ejaty Agel mengalami kecederaan dan berkhemah di pertengahan perjalanan iaitu di Kolam Gajah. Berbagai cabaran yang terpaksa ditempuh, namun semanta dan keyakinan mengatasi segalanya. Syabas dan Tahniah!




 
Berikut adalah beberapa kenangan yang sempat diabadikan menerusi pendakian itu. Gambar - gambar penuh disiarkan di Facebook Belia Felda Pemanis.





Juga ada berita yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, Sabtu 30 Ogos 2013.

 
Ini pula adalah rakaman video yang sempat dibuat menerusi kamera digital biasa dan telefon bimbit.





Terima kasih Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Johor. Terima kasih kepada semua yang bersama. Semua yang bersama dirangkumkan di dalam baju ini.


Tahniah kerana anda patriotik!


Ahad, 18 Ogos 2013

[79] Marhaban 1434H : Legasi Sunnah, Tradisi Budaya

Marhaban, kunjungan berkelompok dari rumah ke rumah dengan mengiramakan puji-pujian kebesaran Allah dan Baginda Rasulullah, jarang sekali kita mengertikan di sebalik maksud tersiratnya. Selain mempererat silaturahim dan menyucikan diri melalui pengampunan dosa sesama insan, marhaban adalah simbol kepada kekuatan ummah dan tanda kesatuan masyarakat.
Ia adalah elemen asas adat yang menunjukkan tanda kesyukuran kita dapat menyambut lebaran. Namun, pembangunan dan `pemulauan' ekonomi masyarakat menyaksikan marhaban semakin dipinggirkan. Marhaban ketika ini dilakukan secara ala kadar atau di sesetengah penempatan Melayu moden, ia langsung disingkirkan. Alasan yang diberikan adalah masing-masing terlalu sibuk dengan kerja atau tiada orang yang hendak mengikutinya kerana semua telah balik ke kampung masing-masing. Selepas pulang daripada kampung, masing-masing sibuk pula kembali memikirkan urusan keduniaan.
(Sebahagian daripada artikel 'Hidupkan Tradisi Marhaban di Hari Raya' ditulis oleh Mizam Rahim pada 14 Disember 2001 di Utusan Malaysia. Baca artikel penuh di sini.)

Tempoh 12 tahun telah berlalu, antara 2001 hingga 2013. Dan sejak berkurun lamanya, di Johor, tradisi bermarhaban di dalam bulan Syawal dengan berkunjungan ke rumah sanak - saudara dan sahabat handai masih terus dikekalkan. Ia sebahagian dari pelestarian sunnah dan amalan budaya yang begitu sebati dengan masyarakat Melayu Islam Johor.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis tidak pernah ketinggalan mengadakan program ini setiap kali Syawal menjelang. Untuk edisi 1434H / 2013M, program ini telah selesai dilaksanakan bermula Ahad - Rabu, 4 - 7 Syawal 1434H bersamaan 11 - 14 Ogos 2013. Ia dilaksanakan dalam minggu pertama Syawal. Program selama 3 + 1 hari (luar dan dalam) ini dilaksanakan setelah mempertimbangkan komitmen program lain, kerja, persekolahan, pengajian dan keluarga masing - masing.

Jadual perlaksanaan adalah seperti berikut :


Buat kali pertama, G2 membukukan semua bahan bercetak untuk Marhaban di dalam sebuah naskhah setebal 12 halaman.


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga merakam dan menerbitkan semua video kunjungan Ziarah dan Marhaban Aidilfitri 1434H menerusi Saluran Yutube G2 Pemanis. Dengan selesai muatnaik semua ini, ditambah dengan koleksi tahun lepas, ia akan menjadi koleksi clip video Marhaban Aidilfitri yang terbesar. Tahun - tahun akan datang, koleksi ini akan menjadi sejarah dan kenangan kepada semua.


Koleksi rakaman video ini, meliputi tahun lepas 1433H, boleh diakses di sini. Ada 20 video Marhaban setakat ini. 


Seterusnya, mari kita halusi setiap kunjungan yang dilakukan menerusi Program Ziarah dan Marhaban Aidilfitri 1434H ini. Klik pautan untuk akess ke koleksi gambar di Laman Facebook Belia Felda Pemanis. 






























Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama - sama menjayakan Program Ziarah dan Marhaban 1434H / 2013M ini. Penghargaan tertinggi tentunyalah khusus untuk semua Tuan Rumah yang telah sudi menerima kunjungan kami. Juga kepada semua ahli - ahli yang bersama menyemarakkan lagi program. Para penderma yang budiman yang telah sudi menyumbang kepada Tabung Ziarah dan Marhaban kali ini.



Semoga Allah memberikan kita kesempatan dan kekuatan untuk mengadakannya lagi tahun - tahun akan datang. Terima kasih semua :)

Sabtu, 27 Julai 2013

[78] Ramadhan 1434H : Menyemai Bunga Bangsa

Ramadhan kali ini sungguh istimewa. Dalam bulan berkat ini, G2 melaksanakan salah satu dari 'signature programme' iaitu Bengkel Matematik Tambahan Siri 3. Ia disekalikan dengan Bengkel Matematik Untuk Tingkatan Tiga, Ceramah Halatuju Pendidikan dan Majlis Berbuka Puasa.  G2 juga sempurna melaksanakan Pogram Bicara Perkongsian Pengalaman. Secara keseluruhannya, terdapat 5 program yang telah dilaksanakan dengan jayanya. 

# Yang lebih penting dan membanggakan, program dijayakan oleh anak - anak Pemanis. Mereka yang mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Alumni SMP - G2. Mereka juga  merupakan anak jati Pemanis, mendapat pendidikan awal di Pemanis atau di SMK Pemanis. Boleh diumpamakan, sirih pulang ke gagang.

Berikut merupakan sinopsis program, pautan gambar dan video bagi setiap program yang telah dijalankan.

1. Bengkel Matematik Tambahan (Tingkatan 4 dan 5) Siri 3 2013 pada Sabtu dan Ahad, 20 dan 21 Julai 2013. Terima kasih kepada Fasilitator Rabiatul Munirah Alpandi, Mohd Rashid Admon, Ahmad Nur Hadi Mashod dan co - fasi Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Diam tak diam, sudah 3 Siri G2 melaksanakan bengkel ini. Sesungguhnya komitmen yang diberikan oleh pasukan fasilitator amat mengujakan. Sambutan dan respon yang diterima dari adik - adik peserta juga amat menggalakkan. G2 amat berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa - masa akan datang.




Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Pertama

Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Kedua



2. Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan 3) sebagai sebahagian dari persediaan menghdapati PMR pada Sabtu, 20 Julai 2013. Terima kasih kepada fasilitator Ahmad Nur Hadi Mashod, Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Semua pelajar Tingkatan Tiga SMK Pemanis telah terlibat.

Program ini mempunyai matlamat untuk memastikan adik - adik yang bakal menghadapi PMR menguasai Matematik dan dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan. Bengkel secara teknik tutorial ini menggunapakai pendekatan latihan dan bimbingan secara terus kepada pelajar. 

Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan Tiga) Bersama G2



3. Ceramah Halatuju Pendidikan dan Kerjaya kepada semua adik - adik Tingkatan Tiga, 4 Sains dan 5 Sains yang sampaikan oleh Cik Nurul Aniza Paiman. Beliau merupakan Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi , Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Program telah diadakan pada Sabtu, 20 Julai 2013 pada jam 05.30 - 06.30 petang.

Antara yang disentuh oleh Aniza adalah apakah laluan - laluan yang boleh dipilih oleh adik - adik Tingkatan 5 selepas menerima keputusan SPM untuk menyambung pengajian mereka, sama ada menerusi laluan akademik ataupun latihan kemahiran. Juga dibincangkan adalah apakah bidang atau jurusan yang boleh mereka ambil, sejajar dengan pencapaian, bakat, kebolehan dan minat mereka.

4. Majlis Berbuka Puasa yang diadakan sempena Bengkel Matematik Tambahan dan Matematik tersebut. Terima kasih kepada semua barisan Exco yang dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama adik - adik yang sedang menuntut ilmu. Ia diadakan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013.

Lebih kurang 100 orang terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa ini.

Gambar Program Motivasi dan Berbuka Puasa



Program Motivasi Halatuju Pendidikan dan Kerjaya | Majlis Berbuka Puasa



5. Program Bicara Perkongsian Pengalaman. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Kelab Alumni SMP - G2 dan SMK Pemanis telah mengadakan Program Bicara Perkongsian Pengalaman sebagai motivasi dan galakan kepada adik - adik Tingkatan Tiga yang bakal menghadapi Percubaan PMR minggu ini dan PMR akan datang. Program ini dijayakan oleh Mohd Firdaus Zainal, Rashid Admon dan Muhamad Shukri. Ia diisi dengan sesi bicara pengalaman, teknik ulangkaji, sikap, dorongan, halatuju, tayangan 4 video dan kepentingan pengisian rohani. Program diakhiri dengan Solat Zuhur berjemah semua pelajar lelaki SMP dengan diimamkan oleh Rashid Admon.

Gambar Program Bicara Perkongsian Pengalaman


Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Rashid Admon



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Shukri Hasan



# Terima kasih kepada semua. Terima kasih SMK Pemanis. Terima kasih Kelab Alumni SMP - G2. Terima kasih adik - adik 4 Azam, 5 Azam dan semua Tingkatan Tiga tahun 2013. 

# Tentunya paling bernilai, terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga apa yang kita usahakan, baik pada pihak fasilitator mahupun adik  - adik pelajar dalam bulan Ramadhan penuh berkat ini mendapat ganjaran Allah. Doakan agar kita bertemu lagi :)

Ahad, 9 Jun 2013

[76] Dari Bertatih Hingga Berlari - Cerita Menjadi Badan Operasi ARP RM

Salam semua. Lama sudah tidak menulis apa - apa coretan di dalam Blog G2 ini. Semenjak PRU 13 dan dihambat oleh pelbagai kesibukan, blog ini tidak sempat dijengah. Namun begitu, semua aktiviti dan program G2 tetap berjalan seperi biasa. Kebanyakan laporan dan perkembangan dipaparkan menerusi Facebook Belia Felda Pemanis, sebagai medium utama penyampaian maklumat.

Baiklah, mari kita sambung cerita di blog ini. Cerita mengenai ARP RM. 

Satu sejarah tercipta. Setelah hampir 9 tahun melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) dengan menggunakan Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, hari ini (23 Mei 2013 sebagaimana dinyatakan di dalam Sijil Tauliah) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima pengiktirafan tauliah sebagai Badan Operasi sendiri. Satu - satunya Persatuan Belia akar umbi (tunggal tanpa gabungan) keahlian sepenuhnya kaum Melayu dalam Daerah Segamat yang menerimanya. Dengan pentauliahan ini, G2 akan terus memperkasa dan komited terhadap pembangunan generasi muda bawah 25 tahun. Ini menambah lagi 'milestone' perjalanan G2 dalam merentas kepelbagaian. Terima kasih semua terutamanya kepada semua yang memulakan projek ARP RM ini pada tahun 2004 dahulu. 



Ianya bermula dari surat dan dokumen - dokumen berkaitan. Memohon menjadi sebuah Badan Operasi yang diberikan kuasa oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi mengurus dan menjalankan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Program ARP RM ini adalah satu program pengiktirafan untuk segala aktiviti remaja (14 - 15 tahun) yang mereka lakukan (sama ada di sekolah, Persatuan, Kelab, IPT atau mana sahaja) untuk diri mereka sendiri, menerusi Empat komponen yang digariskan iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.Terdapat tiga tahap (Gangsa, Perak dan Emas) dengan kriteria jumlah jam aktiviti dan jumlah bulan yang harus mereka berikan komitmen.




Membangunkan Badan Operasi ARP RM memerlukan satu komitmen yang tinggi dan besar. Semua aspek pengurusan dan penyelarasan program bagi semua tahap peserta perlu diambil perhatian. Pengalaman menerusi pengendalian ARP RM yang lepas bersama - sama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat akan menjadi ilmu berguna kepada Pemimpin Badan Operasi, Mentor, Jurulatih dan Penilai.





Pada siri blog akan datang, cerita lanjut mengenai ARP RM akan kami paparkan. Ini termasuklah cerita pencapaian lepas kami, penerangan lebih lanjut mengenai ARP RM, Siri Jelajah dan Bengkel yang kami adakan, Kem Interaktif Emas dan cerita mengenai perjalanan dari Gangsa ke Emas. Ada banyak cerita suka duka kami semua :)

Rabu, 3 April 2013

[75] Koleksi 23 Video Bulan Mac 2013

Berikut adalah warna - warni aktiviti Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sepanjang bulan Mac 2013 yang sempat dirakamkan dalam bentuk video. Sebanyak 23 video telah diterbitkan dalam bulan Mac 2013, menjadikan koleksi bulanan terbanyak dalam sejarah G2.

# Untuk gambar, sila ke Laman Facebook Belia Felda Pemanis
# Untuk koleksi keseluruhan ratusan video G2, sila kunjungai Saluran YouTube G2 Pemanis




Debat Bahasa Melayu ala Parlimen Malaysia Daerah Segamat - Suku Akhir


Program 1Citizen : Fasa 1 Hari 2



Program 1Citizen : Fasa 1 Hari 2



Memperingati Pejuang Penyelamat Pencerobohan Lahad Datu, Sabah


Debat Bahasa Melayu ala Parlimen Malaysia Daerah Segamat - Separuh Akhir


Kompang Walimatulurus Mohd Firdaus Parsin


Latihan Kecergasan Pasukan Bola Sepak


Ekpressi Anak Muda G2


Kembara Imam Muda Felda


MSSD Bola Sepak L18 : SMK Pemanis vs SMK Chaah


MSSD Bola Sepak L18 : SMK Pemanis vs SMK Buloh Kasap


MSSD Bola Sepak : SMK Pemanis vs Kolej Vokasional



Kursus Kepimpinan Komuniti



 BR1M 2.0 Parlimen Sekijang



 1Million Women Purple Walk Parlimen Sekijang



Latihan Kompang - Lagu Rakyat Pahang : Lemak Manis


Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Sekijang : Pertandingan Master Chef  



Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Sekijang : Konsert


Astro Fiesta Mesra Belia Parlimen Sekijang : Pelbagai


Latihan Kompang : Bulan Mac 2013


Bola Sepak : Persahabatan U15 ke Felda Selancar 1


Bola Sepak : Persahabatan FCG2 Bersama MBFM Selancar 1


Kompang Walimatulurus Sallehuddin Isa di Universiti Malaya







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...