Rabu, 17 Mei 2017

[235] : 4 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Hari Pendaftaran Program Matrikulasi

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

4. Episod 4 / 20 : Hari Pendaftaran Program Matrikulasi

Episod 2 disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Episod - episod lain disiarkan dalam Bahasa Melayu.



4/ 20  
Hari Pendaftaran Program Matrikulasi

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran

Malam sebelum hari pendaftaran tu da excited dah. Esok masuk rumah baru. Hehe asrama lagi tau. Dulu masa lepas UPSR, dapat tawaran masuk Rancangan Khas di Sekolah Tinggi Segamat. Tapi hmm, mak ayah tak bagi. Ni dah besar dah, mak ayah dah suruh berdikari. So masuk la Matrik ni. Barang semua da siap kemas, baju, seluar, bantal kesayangan semua dah masukkan dalam beg. Hehehe. Bantal bucuk mestilah ade jugak. Tuala, alatan mandi pun da siap2 masukkan dalam plastik. Kasut, baju kemeja, tie, sume da sediakan. Baju dengan seluar dulu minta mak ironkan buat kali terakhirnya. Da masuk Matrik nanti semua kene buat sendiri. Mana ada emak ayah nak tolong uruskan. Pakaian mula - mula dulu, baju putih, seluar slack hitam, tie merah, kasut kulit. Hehe yelaaaaa. Kamu semua kena pakai smart - smart, lawa – lawa, comel – comel tau. Sebab hari tu jugak kamu semua amik gambar untuk kad matrik.

Cakap pasal dokumen tadi kan, kamu semua da settlekan belum? Da sign semua? Fotostat kad pengenalan mak ayah semua dah ke? Fotostat lebih – lebih pun takpe. Yuran dah bank in?  Haa yuran harus di bank in tau. Bukan datang sana baru bayar. Bayaran perlu dibuat di bank BSN sahaja.  Resit bayaran tu simpan. Kalau boleh, fotostat sekali buat simpanan kamu semua. Haa berguna nanti untuk masa depan. Percaya la. Nanti tetiba dah nak habis semester nanti pihak pengurusan kata kau tak cukup bayar. Ee hangin je aku masa tu. Memg la RM 2 je. Tapi tah asal tah tetiba kene bayar. Haa. Takpe, ikhlas. Tapi kalau ikhlas kenapa cakap. Hehehe. Haa dah. Jom sambung lagi cerita.

Esoknya, pagi – pagi jam 5 lagi ayah dah kejut. Padahal azan subuh pun belum. Ayah yang excited. Ayah kata sebab taknak jammed. So ikutkan je ayah dah kejut tu, bangun je la. Hehe pagi tu aku, mak ayah ajak gerak awal dalam 7:30 pagi gitu. Akak pun macam masih ngantuk drive bawak aku ngan mak ayah untuk masuk Matrik. Sampai around kul 8 – 9  gitu la. Tetiba je lengang, ayah da gelabah. Mak da bebel. Sebab diorang ingat aku ngigau lagi. Ye la lengang je, takde kereta keluar masuk hantar anak – anak  dia pun. Pastu tanya Pak Guard, dia kata memg hari ni sikit je yang daftar. Yang ramai tu nanti esok. Rupanya rezeki aku dapat hari pendaftaran yang tak official lagi. So takde la jammed sangat.

Lepas je dari Pak Guard tu, terus ke blok E. Lepas tu, sesi pendaftaran pun bermula. Pergi stesen tu, stesen ni. Haa pening la. Kamu semua takyah harapkan mak ayah kamu semua lagi untuk uruskan pendaftaran ni. Kamu semua kan dah besar. Suruh mereka tu duduk rehat dulu. Ye la kot kot ada mak ayah yang penat driving tu. Masa diorang driving, kau tertidur kat seat belakang sampai meleleh air liur penuh satu baldi. Hee dah jom sambung lagi. So stesen terakhir kalau aku tak silap, dia akan bagi planner(kalendar program), baju kokurikulum, lanyard KMJ, dengan kunci bilik. Kalau ade rezeki, ada dapat beg percuma. Dalam tu ada buku peraturan dengan jadual sepanjang MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baharu). Haa pastu, tiba la saat dinanti, photography time! Masa ni, aku sarankan kamu semua senyum la hensem - hensem, lawa – lawa. Sebab dia amik gambar tu untuk kad matrik kamu semua. Kamu semua nak ke nanti pakai kad matrik yang gambar kamu semua tu menjelikkan. So nanti sebelum amik gambar, praktis senyum molek – molek. Okeyyy. Lepas ambik gambar, beredarlah kau dari situ. Pergi lah ke blok kediaman masing - masing.

Hehe aku dulu dapat blok A. AT3.26. tu nombor bilik aku. Bilik keramat tu. Hehe. Dah daftar lambat, dapat la bilik tinggi – tinggi. Padan muka. Sampai depan blok je abang - abang fasi da tunggu nak angkatkan barang. Hehehe ape lagi, bagi je barang yang berat – berat kat diorang. Nanti diorang tolong angkatkan. First time naik, peh tingginya. Masuk- masuk je terus lega sebab baru aku sorang yang masuk. Budak  lain tak sampai lagi. Hehe semua la tolong kemaskan bilik tu. Mak pasangkan sarung tilam, sarung bantal semua. Ayah tolong surveykan tempat. Ayah yang cari mana bilik air, mana mesin basuh. Hehehe. Pastu yang kelakarnya, tong sampah, penyapu, pengaut tu ayah amik dari mana entah. Tu makcik cleaner punya rasanya. Maaf cik. Selesai kemas – kemas semua. Oh ye. Katil aku tak dekat tingkap tau. Aku ni ehem sikit. Hehe takuttttt. So, katil aku dekat dinding. Haa settle semua, kita makan dulu. Mak masak lauk hari raya pulak tu. Pehh sedap.

Habis makan pastu kemas ape semua. Semua dah kemas – kemas. Nak balik dah. Akak – akak  dengan abang – abang aku semua dah naik kereta nak balik dah tinggalkan aku. Rasa best ade, rasa sedih ade. Yang paling sedih anak sedara aku. Hehe sebab takde sape nak marah dia nanti. Ye la masa cuti SPM tu, aku keje anto dia pegi sekolah je. So diorang dah balik, lambai – lambai la ape semua da abis.

Mulalah minggu MPPB, MPPB tu ape? Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. So kira macam orientasi la. Macam kat sekolah – sekolah dulu. Ade ice-breaking. Banyak la program yang fasi buat untuk kamu semua tu tau . So disiplin sepanjang MPPB ni kena ada. Kalau tak, nasib kamu semua la kena marah ke apa nanti. Hehehe. Ice – breaking ni untuk tahu kamu semua kat kumpulan mana. Kumpulan ni la yang akan kekal sepanjang 2 atau 4 sem nanti. Kumpulan ni dibahagikan ikut kamu semua punya result SPM. Untuk aliran sains, nanti ada dua kelompok, Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT). Perakaunan ada satu je  kelompok. Kalau perform dekat Biologi dan Fizik, dapat Modul 1. Perform dekat Fizik je, dapat Modul 2. Perform dekat Biologi je, dapat Modul 3. Tapi, kalau kamu semua kat sekolah ambik Sains, tapi tak perform kat kimia, haa dapat la Modul Perakaunan. Add Math pulak macam mana? Kalau tak perform kat Add Math, masuk la ke PDT. Maksud aku perform ni gred dia C dan ke atas. Haa gitu la gamaknya.



Masa MPPB ni la kamu semua praktis uruskan masa : masa untuk mandi, masa tidur, masa makan, masa ke sesi berikutnya. Tu semua untuk kegunaan kamu semua untuk sepanjang kat Matrik nanti tau. Nanti jangan lupa, tanya la fasi tu apa-apa yang kamu semua nak tau masa minggu MPPB tu. Mereka yang jaga kamu semua masa MPPB nanti. So kalau ada masalah ape2, report je kat diorang. Pasal makan minum abis ke, katil tak selesa ke. Haa benda selalu terjadi kat minggu MPPB ni ape? Kunci ! Yela masing – masing  semua nak jaga barang. Baru masuk lagi kan? Sesiapa yang nak pegi mandi ke, riadah ke. Bawak la kunci tu. Takpun letak dekat bilik kawan yang kamu semua percaya. Nanti tak la kamu semua asyik nak suruh fasi buat pengumuman je. Hehehe.

Bahagian kelimaakan menyusul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...