Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
Episod yang telah disiarkan :
2. Episod 2 / 20 : 'Background of Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)
5. Episod 5 / 20 : Subjek Di Matrikulasi
Episod 2 disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Episod - episod lain disiarkan dalam Bahasa Melayu.
5/ 20
Subjek Di Matrikulasi
Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran
Berbekalkan result
SPM yang ade, aku masuk ke Modul 1. Hehe
nama praktikum aku MS18. Eh praktikum tu apa? Praktikum tu macam kumpulan la.
Kalau sekolah menengah dulu kan ada 5 Azam, 5 Bakti, 5 Cekal. Tapi ni kalau kat
matrik, ianya bermula dekat MS tu untuk Modul 1. 18 tu kelas kau yang ke berapa. Kalau Modul
2, dia MD. Kalau Modul 3, dia MT. Kalau akaun, dia guna huruf A. kalau PDT
pulak, special sikit. Contohnya, L1S3 . L1 tu untuk PDT Semester 1. S tu untuk Modul 1. 3 tu untuk praktikum
ketiga dalam Modul 1. Kalau Modul 2, L1D3. Kalau Modul tiga, L1T3. So ikut la nanti kamu semua dapat apa.
Masa nak cari
praktikum tu, kena cari sendiri. Mananya nak panggil sorang - sorang. “haa awak masuk sini, awak masuk situ” .
Kamu semua dah 18 tahun da diknon. Fasi akan tampal kat tiang sepanjang susur
gajah tu. Nama, nombor kad matrik dengan praktikum apa yang kamu semua
terpilih. Takpe masuk je dulu. Kalau tak suka subjek tu, kamu semua bole tukar
nanti ye.
Ouhh alamakk, aku
lupa la nak cakap pasal subjek. Yee
subjek kamu semua mengikut Modul tu. So, cerita dia macam ni.
So
da nampak tak ape yang penting kat situ? Bukan kerjasama laaaaa. Yang penting
adalah…CHEMISTRY & MATH. Kamu semua tak boleh lari dari 2 subjek sebabnya untuk
tiga - tiga Modul ada. So ape kene
buat? Yang dah nak masuk tu. Well
prepared. Study balik semua subjek. Mathematic selepas SPM adalah Matematik
Tambahan yang selalu kamu semua dok gagal tu. Sape yg dapat A+ tu tahniah la
ye. Haa so ni subjek untuk sains.
Untuk sesiapa yang aliran sains, subjek semua ni tak lari pun dari yang kita
semua belajar untuk SPM ni. Cuma Comp
Science tu macam ICT yg macam kat sekolah. Perakaunan pulak macam mana?
Hishh sabar. Ni nak terangkan la ni.
Untuk Aliran Perakaunan,
yang macam aku cakap awal – awal tadi la kan. Sesiapa yg tak credit Chemistry, masuk la ke aliran Perakaunan
atau kat sekolah menengah dia dulu memang ambik aliran perakaunan. Ok perakaunan ni subjek dia ni je.
- Matematik
- Perakaunan
- Ekonomi
- Pengurusan
perniagaan
Tinggal kenangan buku - buku di Matrik yang pernah aku gunakan |
Kata mereka yang
belajar akaun ni, akaun ni senang nak skor sebab benda – benda simple
je belajar. Hafal sikit – sikit je. Tapi, haa ade tapinya. Kamu semua kene struggle untuk dapat result yang gempak. Sebabnya kamu semua
akan bersaing dengan budak Sains yang sesuka hati je boleh ambik course kau kat universiti nanti.
Kalau kamu semua
nak tau, kat Malaysia ni ada beberapa negeri yang ada Kolej Matrikulasi Aliran
Teknikal. Kat Johor ada, kat Pahang ada, Kedah pun ada tak silap. Hehe Matrik Teknikal
ni pulak dia belajar subjek - subjek lebih kepada engineering je. Antaranya :
- Matematik
- Kimia Kejuruteraan
- Fizik Kejuruteraan
- Pengajian
Kejuruteraan Awam
ATAU
Pengajian kejuruteraan Mekanikal
ATAU
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Ko sendiri nampak
tak? Betapa pentingnya Matematik dalam hidup kau. Semua jurusan ada tau. So memang takbole lari. Sorry sangat2. Aku tak boleh cerita
lebih lanjut pasal Aliran Teknikal ni sebab aku pun dari matrik biasa je. Hehehe.
Bahagian keenam akan menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)