Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
Episod yang telah disiarkan :
2. Episod 2 / 20 : 'Background of Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)
6. Episod 6 / 20 : Subjek Tambahan
6/ 20
Subjek Di Matrikulasi
Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran
Ok da tau semua
modul dan aliran kan? Subjek wajib pun da tau kan? Apa subjek wajib tu? Ada yg
sunat, harus dan makruh ke? Hehehe. Subjek wajib tu yang kat atas - atas tu la.
Subjek yang akan menentukan pointer
kamu semua. So, kalau atas subjek wajib,
subjek lain ada ke? Apa dia? Haa ni
yang best nak cerita ni. Kamu semua wajib ambil subjek ni. Tapi tak masuk pointer pun.
- Pendidikan
Agama Islam dan Moral
- Kemahiran
Dinamika
- Kokurikulum
- English
Bersama kawan - kawan sebelum menduduki peperiksaan MUET |
Ok la kita start dengan subjek English dulu la ye. Ok English ni subjek tambahan diambil semua student. So maknanya nak tak nak kena belajar jugak English. Masalahnya sekarang, tadi kata tak masuk pointer tapi kenapa kena ambil jugak. Adik – adik saudara saudari kakak abang, kat matrikulasi ni kamu semua akan hadapi MUET tau. MUET ni akronim untuk Malaysian University English Test. So kamu semua kena belajar la macam mana nak jawab soalan MUET nanti. Masa kelas English ni la nanti diajar. Memula memang bosan belajar English. Dah lama – lama nanti kamu semua akan rasa. Ermm okay je. Layan la. Hehehe. So masa belajar English ni, terus aim untuk dapatkan Band 4 dan lebih tu lagi bagus. Band tu apa? Band tu tahap kau la kau ni jenis English yg mcm mana. Bagi aku, sapa yg dapat Band 4 ni dah macam bagus da sebab dekat universiti nanti dia tengok Band MUET tinggi berapa. Haa sebab tu penting kelas English ni. Kod untuk subjek ni (WB023).
Hensem tak abam? |
Lagi apa? KO K ke?
KO K tu apa ek? Laa KO K tu kokurikulum la. Haa ni yang semangat nak cerita ni.
Untuk KO K, kamu semua da tak macam sekolah dulu – dulu lagi. Kenapa? Yela dulu
kan sekolah setiap orang akan dapat masuk 3 atau 4 kelab yang berbeza. Tapi,
dekat matrik pulak. Satu praktikum tu sekali harung dapat satu je kelab KO K.
So satu praktikum tu dapat satu je kelab KO K. Haa nasib la kamu semua dapat apa
kan nanti? Ada kelab beruniform, ada kelab sukan dan rekreasi. Tak lupa jugak ada
kelab kebudayaan. Haa? Kelab beruniform? Ada kawad ke? Yee ada. Jangan risau
la. Hehehe. Nasib la sapa yang dapat kawad tu. So, praktikum mana yang dapat
kelab beruniform ni. Nasib la berpanas dekat situ. Pakai baju tebal – tebal.
Beret, jambul mafla apa semua tu. MashaAllah. Lupa betul la nak bagitau. Nama
kelab beruniform ni dipanggil Kadat Remaja Matrikulasi.
Haa KRM la kalau
nak senang panggil. Ok kelab beruniform da habis terang dah tu. Cerah sangat.
Kelab sukan pulak macam mana? Sukan ni ada banyak dekat Matrikulasi ni diknon
oi. Untuk kelab sukan ni, dari sukan yang paling femes sampai la yang ke tak femes
langsung. Paling femes kalau laki ye
mesti bola kan? Perempuan pulak? Bola jaring? Hehe apa yang kamu semua tak
pernah main kat luar sana dapat main dalam ni tau. Ada softball, basketball,
bola tampar dan banyak lagi la yang kamu semua main nanti. Hehe cuma cara
penerimaan kamu semua tu yang membuatkan ianya best ke tak. Ok kelab kebudayaan pulak ada apa? Kelab kebudayaan ni
ada banyak la. Tapi sejak tahun lepas, teater ni ditukar ke filem pendek atas
sebab2 tertentu. Hehehe. Seterusnya ada karoot komedia. Haa macam dekat Astro
Warna tu. Apa maknanya? Haa dikir barat la. Apa lagi. Dan terakhir sekali,
kelab boria. Boria ni best apa. Kelakar kalau yang buat persembahan tu tau cara
untuk memikat penonton. Haa lupa nak cakap. Kamu semua ni nanti akan
dipertandingkan dekat penghujung semester. So
takkan suka2 je kan tubuhkan kelab tu. Haa nanti akan dibuat pertandingan dan
kamu semua sebagai satu kumpulan, perlu bagi komitmen untuk sertai pertandingan
tu.
Ok
habis cerita pasal English dengan KO
K. Kemahiran Dinamika dengan Pendidikan Agama Islam dan Moral tu macam mana
pulak? Ok macam ni. Kita cerita pasal dinamika dulu. Kemahiran Dinamika tu
sebenarnya kalau kat sekolah menengah, dia macam matapalajaran Sivik la.
Kenapa? Ye la dia akan belajar perpaduan la, undang-undang la. Susur galur
pangkat-pangkat tu semua. Ada lagi. Kemahiran Dinamika ni jugak akan ajar
tatacara dalam majlis, kod pakaian nak tengok sesuai ke tak. Dalam subjek ni
jugak akan ada penilaian untuk menentukan confident
level kamu semua tu. Ada dua sesi, satu manifesto dan satu lagi
pengacaraan. Kadang – kadang isi kandungan yang kamu semua nak sampaikan tu
pelik – pelik je. Tapi disebabkan confident level, kamu semua akan lulus la
penilaian tu. Kod untuk subjek ni adalah (WD021).
Semasa menyempurnakan kerja kursus Pengetahuan Agama Islam |
Ok
cukup untuk Kemahiran Dinamika. Kita berpindah ke subjek Pendidikan Agama Islam
dan Moral pulak. Untuk subjek ni pulak, kamu semua akan belajar lebih kurang
masa SPM dulu. Kamu semua akan belajar konsep aqidah, ibadat, akhlak dan banyak
lagi. Ouhh tak lupa juga nak ingatkan yang muslim ni, akan ada tasmik ye. Yee
tasmik. Tasmik tu kamu semua hafal surah atau doa yang ustaz dah bagi, kamu
semua hafal depan – depan ustaz. Kalau lulus, lepas la. Takyah buat banyak
kali. Kalau lupa? Hehe tasmik la sampai lepas. Pendidikan Agama Islam dan Moral
ni ada getir dan gawatnya jugak. Apa lagi kalau bukan kerja kursus. Antara Muslim
dengan Non – Muslim, sama je. Dua - dua akan kena jugak buat kerja kursus ni.
Nanti kamu semua kene buat kertas kerja pasal nak buat aktiviti kerja kursus
kamu semua tu. Cuba la bincang antara classmate
dan pensyarah untuk minta pkamu semuangan dan nasihat. Jangan risau. Penilaian
kamu semua tu A ke B ke takkan jejaskan pointer subjek wajib kamu semua
tu. Kod untuk subjek ni pulak
(WM021/WU021).
Bahagian ketujuh akan menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)