Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
Okay
nak cerita kat episode ni pasal pengalaman aku la dalam matrikulasi tu
sepanjang 1+1 tahun. Hehe kenapa 1+1? Mula-mula aku ditawarkan PST, tetapi
nasib tak menyebelahi aku pada semester pertama. Maka, aku diturunkan menjadi
dua tahun.
Aku
rasa okay dalam PST, cuma aku lambat nak hadamkan pembelajaran tu. Suasana
jadual yang padat yang mempunyai satu jam sahaja rehat untuk solat, makan dan
tidur sekejap. Aku rasa tu bukan jiwa aku yang sebenar belajar dalam
keterpaksaan dan kesempitan waktu. Perkara itu yang aku harungi selama satu
semester. Pokoknyaa, pokoknya harus
ditebang. Hehehe. Maka, hasil satu semester tu, mendapat la merasa turun ke
PDT. Wahh, lain betul la. Hehe tu la perasaan pertama aku. Mana taknya. Dalam
sehari hanya ada 3 atau 4 waktu kelas sahaja. Haa mana tak syok. Hehe yang rasa
nak bebas sedikit, pilih la ke PDT. Anda tidak akan stress. Mula-mula memang la
kekok masuk praktikum baru. Tapi lama-lama dah okay dah. Ada la kejap main suka
ni suka tu.
Pengalaman
seterusnya adalah suasana pembelajaran. Masa di sekolah menengah dulu, aku
selalu berangan untuk belajar dalam keadaan bertangga. Haa di kolej matrikulasi
lah aku dapat belajar dalam keadaan itu di dewan kuliah. Kolej matrikulasi
merupakan salah satu program pra-U untuk menyediakan pelajar sebelum ke universiti
pada peringkat ijazah.
Seterusnya,
pengalaman bercinta. Haa ni yang kamu semua suka kan. Mengaku je la. Ok kat
sini aku nak kongsikan yang aku ni sememangnya mesra. Tak kisah dengan lelaki
atau perempuan. Maka kat sini, aku ni ada “kawan” yang masuk sesi 2016/2017.
Kawan ni sama kampung dengan aku di Felda Pemanis. Dah lama jugak la berkawan.
Kebetulan masuk matrikulasi yang sama. Perkara “cemburu tanda sayang” tu
berlaku selalu. Ok. Di sini aku nak cakap la yang bercinta tu pastikan seimbang
dengan pelajaran. Jangan terus leka dengan percintaan. Kalau rasa tak boleh nak
seimbang, tinggalkan dulu percintaan tu. Haa acah je nasihat kamu semua.
Pengalaman
lagi adalah untuk subjek tambahan seperti pendidikan agama Islam/moral,
Kokurikulum dan Kemahiran Dinamika. Subjek ini membantu pelajar-pelajar tentang
kemahiran insaniah. Bagi subjek agama Islam tu, ia akan menjadikan kita muslim
sejati yang akan menyampaikan ilmu kepada muslim yang lain, peka tentang solat,
tentang keganasan di luar negara terhadap umat Islam dan lain-lain. Seterusnya,
subjek kemahiran dinamika telah menjadikan bekalan sebagai persediaan untuk apa
jua keadaan. Contohnya kita berada di majlis dan mempunyai tetamu kehormat,
perucapan awam dan banyak lagi. Untuk kokurikulum pula, pengalaman aku yang
paling manis la. Kelas pertama subjek
kokurikulum, kami dikejutkan oleh para pensyarah koku yang praktikum
kami mendapat subjek kawad kaki. Semua gelisah mengenangkan kulit tidak lagi
secerah artis Kpop. Terbakar. Berpeluh dan lain-lain lagi. Tapi, lama-kelamaan,
sudah boleh menerima. Hal ini kerana, subjek kawad kaki tidaklah menumpu untuk
berkawad selama 2 jam (tempoh kelas koku) tetapi ia juga menekankan tentang
hidup di alam perkhemahan. Antarannya ialah memasak masakan rimba, mempelajari
tali temali, flying fox dan banyak lagi.
Bersambung ke episod ke 19.
Padu + boekk 👍👍👍
BalasPadam