Rabu, 27 Disember 2017

[286] 20 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Segalanya Tinggal Kenangan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Setelah 2 tahun menjadi pelajar Kolej Matrikulasi Johor, aku dapat menyimpulkan bahawa ilmu itu umpama berlian. Ianya berharga dan jika kita pelihara ilmu itu ia akan membantu kita satu hari nanti.

Kenangan menjadi pelajar kolej matrikulasi juga membuatkan aku lebih matang dan mampu menyusun masa dengan lebih efisien. Banyak program yang dianjurkan oleh pihak kolej matrikulasi khususnya KMJ yang banyak membantu meningkatkan mutu dalam diri aku dari segi aspek fizikal dan mental.


Harapan seterusnya, aku berharap pelajar yang berjaya ditawarkan masuk ke kolej matrikulasi agar hatinya terbuka untuk terima masuk. Ianya merupakan peluang yang tidak dapat oleh calon-calon lepasan SPM yang lain. Ianya satu peluang yang besar supaya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pada masa yang singkat.

Selepas diterima masuk, aku berharap pelajar-pelajar ini perlu cepat untuk sesuaikan diri pada keadaan sekeliling. Ianya akan memberikan kesan yang positif jika kita cepat sesuaikan diri kerana kita lebih bersedia untuk melakukan sesuatu perkara di alam matrikulasi. Sebagai contoh, jika kita cepat sesuaikan diri dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kuliah, maka kita tidak akan mengalami masalah untuk membuat latihan tutorial bagi setiap subjek.

Sebagai seorang yang boleh dikatakan aktif dalam sukan, aku berharap pihak kolej dapat menggalakkan para pelajar kolej matrikulasi untuk turun bersukan pada setiap petang sekurang-kurangnya tiga kali semingggu. Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kecemerlangan keputusan pelajar di dalam peperiksaan. Bersukan juga dapat menjadikan tubuh badan yang sihat sepanjang belajar di kolej matrikulasi. Sepanjang dua tahun aku di kolej matrikulasi, aku berpendapat belajar di waktu petang amat sukar untuk masuk meresapi ke dalam diri dan pemikiran kita.

Selain itu, program-program kecemerlangan akademik seperti konsultasi wajib pada waktu lapang pelajar dan kelas tambahan pada hujung minggu, ianya akan dapat membantu pelajar seperti aku yang lemah untuk terdorong membuat latihan supaya sekurang-kurangnya lulus bagi subjek itu.



Kesimpulannya, kelemahan dan kekuatan sesebuah institusi pendidikan bukanlah kayu ukur kejayaan pelajarnya. Tapi pelajar itu sendiri yang menentukan kejayaannya. Menurut Prof. Yusuf Syed Al-Attas di dalam maqalahnya The Islamic Concept of Knowledge mendefinisikan ilmu sebagai teori praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti. Akhir kata, selamat maju jaya dalam apa jua bidang diceburi. Selagi nyawa dikandung badan, tuntutlah ilmu hingga ke negara China.


Cerita 20 episod ini tamat di sini. Terima kasih kepada semua yang setia bersama. Semoga kita berjumpa lagi dalam penulisan akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...