Ahad, 24 Disember 2017

[285] 19 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Laluan Masa Hadapan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Berbekalkan keputusan SPM yang ada, aku memilih untuk ke kolej matrikulasi berbanding ke universiti lebih awal di peringkat diploma. Aku merasakan bahawa matrik yang hanya tempoh setahun mampu melayakkan aku ke universiti ke peringkat ijazah.



Itulah orang kata. Untuk melakukan sesuatu, memerlukan niat yang baik agar dapat dipermudahkan segala urusan dan kehendak kita. Aku redha bila dapat tahu masuk PDT. Maknanya, tempoh pembelajaran aku ditambah ke satu tahun.

Perancangan Allah itu indah. Pada asalnya aku merupakan kumpulan pelajar 2015/2016 dan selepas itu menjadi 2015/2017. Selepas pengambilan pelajar sesi 2016/2017, Menteri Pelajaran telah menaiktaraf sijil matrikulasi setaraf dengan sijil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Hal ini bermakna, sijil ini diterima untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam dalam negara Malaysia. Satu kemudahan dan bertuah bagi PST 2016/2017 dan PDT 2015/2017 kerana kami kumpulan yang tidak perlu mengisi borang untuk memohon sijil matrik seperti yang dibuat oleh pelajar sesi yang lepas.



Di matrik juga, aku berpendapat matrik ini akan mengubah cita-cita dan impian kau dari sekolah menengah. Kemungkinan impian menjadi doktor bertukar menjadi jurutera dan banyak lagi impian dan cita-cita mungkin akan bertukar. Jangan impian bujang ke pelamin sudah. Hehehe.

Matrikulasi merupakan medium terbaik dan juga sebahagian daripada program persediaan pelajar sebelum masuk ke universiti. Maka, suasana di alam matrikulasi sebagai contoh fasiliti pembelajaran dan kiraan markah dalam pointer seakan-akan di alam universiti yang mampu menjadikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi alam universiti.

Bersambung ke episod terakhir, episod ke 20.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...