Sabtu, 15 Februari 2020

[443] Pengalaman Cabaran Backpackers Muar - Langkawi - Muar oleh Suria Sipon


CABARAN BACKPACKERS
“KEMBARA ANAK JOHOR”
(MUAR – LANGKAWI – MUAR)
5 – 9 FEBRUARI 2020
Anjuran :
Pusat Pembangunan Belia Daerah Muar
Kelab Rakan Muda Pagoh


Hai semua, Assalamualaikum. #SalamCabaranBackpackers
Nama diberi Suria Binti Sipon. Masuk tahun 2020 dah berusia 23 tahun tapi belum lagi. Eh, macam mana tu? Haha.. Masih belajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Sosial (Eknomi).
 
Penulisan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan dairi perjalanan sekumpulan Backpackers. Saya mengikuti program ini hasil jemputan dari saudari Cik Norazilahazah Binti Ramli dari Kelab Belia Sepakat Bandar, Mersing yang merupakan rakan ketika mengikuti Program Jati Diri Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 385/19. Program Cabaran Backpackers ini juga mengadakan sesi temuduga dalam memilih peserta mereka. 

Cabaran Backpackers. Ia adalah sebuah program lain daripada yang lain bagi saya kerana ia mengeluarkan seorang belia daripada kepompong keselesaan. Juga mengajar dalam mengatur strategi yang baik dalam sesebuah perancangan. Tambahan pula yang melibatkan perjalanan yang jauh dengan bermodalkan hanya RM150 pada awal berlepas.

Cerita ini bermula pada 5 Februari 2020.
Sesi taklimat dan penerangan serta penyerahan barang amanah diadakan pada jam 9 malam di Pusat Pembangunan Belia Daerah Muar (JOYDEC). Seramai 13 orang peserta dan 5 orang fasi yang terlibat. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan. Iaitu;

Kumpulan 1 : Suria (Leader) , Kamalysa dan Alia
Kumpulan 2 : Amzar (Leader) , Ipah, Ina dan Nabil
Kumpulan 3 : Hasni (Leader) , Masyitah dan Fatin
Kumpulan 4 : Mai (Leader) , Ewan dan Khyrin

Fasi : Kak Bed, Abang Najid, Arif, Kak Azie, dan Kak Yu

Setiap kumpulan diberikan RM150, 4paket besar Kopi 434, banner SUKMA XX Johor 2020 , hygiene kit setiap seorang, mask, dan barangan cenderahati SUKMA XX Johor 2020. Cabaran pertama yang kita boleh lihat disini adalah bagaimana anda nak ‘survive’ sepanjang perjalanan Muar-Langkawi-Muar dengan hanya RM150??

Setiap kumpulan diberi alternatif untuk menjual kopi bagi menampung perbelanjaan sepanjang perjalanan. Setiap kumpulan juga mengambil alternatif membuat dan menjual origami. “Menjual Origami?, ada ke orang nak beli? Berbaloi ke?? , Berapa je hasil yang boleh dapat dengan menjual origami??” Ya, pada awalnya, saya juga tak sangka origami boleh dijadikan sebagai bahan modal jualan. Paling tinggi harga untuk origami boleh dapat sehingga RM50 hingga RM100. Tak sangka kan? HAHA tapi itulah realitinya. Cara dia hanya perlu kreatif, mempunyai daya tarikan hebat untuk pelanggan membeli origami. Antaranya, origami bunga , basikal, dan sebagainya.






Dalam program ini, kami sudah ditetapkan checkpoint yang harus kami pergi sepanjang perjalanan Backpackers. Iaitu;  Terminal Muar – Terminal Melaka Sentral – Terminal One, Seremban – KTM Bandar Tasik Selatan – LRT Masjid Jamek – KL Sentral – KTM Arau – Jeti Kuala Perlis – Jeti Pulau Langkawi dan begitulah perjalanan yang sama semasa balik semula ke Muar.

Di setiap checkpoint atau setiap negeri, kami diberi tugasan untuk membuat video mempromosikan SUKMA XX Johor 2020 yang akan diadakan pada 11-19 Julai 2020 dan PARA SUKMA XX pada 16-22 Ogos 2020 yang bertempat di Negeri Johor Darul Takzim. Ayuh rakyat Malaysia datang beramai-ramai sama-sama kita memeriahkan SUKMA XX Johor 2020. Eh, sempat lagi tu promosi, terbawa-bawa  lagi aura tu ye. HAHA.. Kami perlu membuat video 30saat berserta gambar. Setiap video perlu orang yang berlainan. Perlu rekod video promosi SUKMA, promosi daerah, dan video jualan dalam kumpulan serta video sepanjang perjalanan backpackers.

Sepanjang trip, peserta boleh runding-runding atau ‘negotiate’ dengan fasi atau Penyelaras Program iaitu Kak Bed untuk tambah wang perjalanan. Anda rasa ‘possible’ kah untuk kita plan aktiviti ketika dalam perjalanan? Kenapa tidak rancang awal-awal? HAHA. Itulah yang saya dapat dari backpackers, tak ada yang mustahil, mesti ada jalan penyelesaian dan semua boleh berjalan dengan lancar. Ketika dalam perjalanan, aktiviti ke SkyCab dan Island Hopping bergantung kepada kewangan setiap kumpulan sama ada cukup atau tidak. Ketika dalam perjalanan juga baru nak cari tempat tinggal untuk kami bermalam. Kelakar tapi seronok.

6 Februari 2020
Jam 7 pagi kami sudah memulakan perjalanan dengan berjalan kaki dari JOYDEC ke Tangga Agung. Agak jauh, dengan bersandangkan beg yang berat. Pagi-pagi lagi sudah diuji. HAHA. Tapi masih ok lagi sebab dah rasa ‘excited’ untuk memulakan perjalanan sebagai seorang backpackers. Diberi taklimat akhir serba sedikit dari Kak Bed sambil menunggu ketibaan Tuan DO (District Officer). Jam 730 pagi kami dilepaskan atau program kami dirasmikan oleh Tuan DO. Maka bermulalah sesi jualan mencari rezeki. Eh. HAHA.. Kami pun mula berjalan di sekitar sepanjang perjalanan dari Tangga Agung ke Terminal Bas Muar sambil menjual origami dan kopi 434 dan hygiene kit. Sambil itu juga kami mula melaksanakan tugasan video untuk mencari orang awam mempromosikan SUKMA, untuk promosi daerah dan video jualan. Oleh kerana ahli kumpulan saya semua perempuan, saya tidak berani untuk membawa mereka terlalu jauh tambahan pula kami perlu cari tiket bas untuk ke Melaka Sentral. Ujian kedua sudah datang. Bagaimana? Muar mempunyai 2 stesen bas dan jaraknya agak jauh. Pada awalnya kumpulan saya hanya berada di stesen bas terdekat iaitu stesen bas yang ada waktu paling awal untuk ke melaka sentral. Tetapi apabila kami dengar paling awal jam 930 pagi, kami pun berjalan ke stesen bas satu lagi dan kami dapati paling awal ke melaka sentral jam 10 pagi. Tiba di stesen bas itu, kami dapati kami silap kerana tidak perlu pun ke stesen bas itu kerana peserta lain ambil tiket jam 930 pagi ke melaka sentral dari stesen bas yang pertama kami pergi tadi. Jadi kami dikategorikan sebagai kumpulan yang akan ketinggalan. Disebabkan keadaan yang sudah kelam-kabut. Seorang pakcik teksi memberikan tawaran kepada kami RM10 untuk ke stesen bas satu lagi. Malangnya saya sebagai ketua kumpulan ketika itu berasa tidak perlukan teksi, sempat untuk berjalan kaki untuk ke stesen bas satu lagi itu. Setelah kami tiba di stesen bas itu, bas sudah pun bergerak dan kami pun ditinggalkan. Pada ketika itu agak kecewa kerana kenapa ahli kumpulan lain tidak mencuba untuk tahan pakcik bas itu untuk tunggu kami. Tapi apakan daya, kami sudahpun ditinggalkan. Nasib baik ada Kak Bed dan Kak Azie. Pada ketika itu lah air mata kesabaran aku pun jatuh buat kali pertama dan kali terakhir. Mana tak nya, sudah dilantik sebagai ketua tetapi awal-awal lagi sudah ada masalah dengan ditinggalkan bas. Siapa tak sedih. Rasa kegagalan tu membuat diri rasa kecewa yang teramat sangat. Tapi siapa sangka, air mata itu jugak membuat saya kuat semenjak dari ketinggalan bas itu. Terima Kasih wahai bas yang meninggalkan saya dan ahli kumpulan saya. Selesai itu kami bergegas ke stesen bas satu lagi untuk mendapatkan tiket paling awal ke melaka sentral. Pada awalnya kecew sebab makcik kaunter kata tiket jam 10pagi habis. Dalam hati saya ketika itu hanya Allah yang tahu betapa rasa ingin menjerit sepuasnya. Tetapi Alhamdulillah pusing punya pusing kaunter tiket bas, jumpa satu kaunter yang masih ada tiket bas jam 10 pagi ke melaka sentral. Selesai masalah. Jam 10 pagi kami bergerak ke melaka sentral dan tiba disana jam 1110 pagi.
Tiba di Melaka Sentral terus bergegas buat tugasan video dan nasib baik dah kirim pada kumpulan lain untuk membelikan kami tiket ke Seremban. Tidak lagi kami menjadi kumpulan yang ketinggalan bas. 1130 pagi kami bergerak ke Seremban. Malangnya, kumpulan 4 telah ketinggalan bas kerana kehabisan tiket. Kasihan mereka kerana dengan fasi tiada bersama mereka, dikenakan penalti tetapi tetap mereka mempunyai kelebihan kerana boleh mencari wang dengan menjual kopi di sana.










Setibanya kami di Terminal One, Seremban sekitar jam 1tengahari, kami bergegas mencari peluang menyiapkan tugasan video dengan mencari orang awam mempromosikan Sukma, daerah dan jualan. Kami juga terus berjalan ke KTM Seremban untuk makan tengahari dan seterusnya membeli tiket KTM untuk ke KTM Bandar Tasik Selatan. Setiap kumpulan perlu tampung juga kos tiket perjalanan untuk fasi kumpulan. Bayangkan lah ketika itu, dalam hati aku berbisik, sudah pula duit hanya ada sedikit, hendak membeli tiket dengan fasi sekali. Makan tengahari pula bercatu. Kasihan ahli kumpulan saya. Berulang kali saya tanya “lapar tak?”. Kalau saya memang tidak kisah jika tak makan kerana ini lah peluang untuk saya mula semula amalan diet dan memang tidak berasa lapar jika badan sudah penat. Lalu kami pun membeli Nasi Ayam kongsi bertiga dalam kumpulan saya. Selesai itu, kami sempat menjual kopi sedikit. Kami menjual kopi dengan harga RM5 sepaket. Tiket KTM Seremban ke KTM BTS dengan harga RM13 kali dengan 4 orang. Keluar lagi duit, banyak pula tu, masuknya masih sedikit. Kegusaran dihati melihat keadaan kewangan kumpulan. Sekitar jam 2 petang kami bergerak ke KTM BTS dan setibanya disana terus bergegas menaiki LRT untuk ke LRT Masjid Jamek. Ketika ini, tips dia, anda harus berada berdekatan dengan Kak Bed untuk dapatkan wang tambahan darinya tak kira apa cara sama ada kuiz atau lain-lain. Tiba LRT Masjid Jamek, tukar pula LRT untuk KL sentral. Sebelum jam 430 petang kami sudah tiba di KL sentral seperti yang diminta oleh Kak Bed. Kami sempat berehat sebentar bersama Kitkat.. HAHA eh tak gurau je.. Solat lepastu terus bergegas ke kaunter KTM untuk kami menjual semula 2 keping tiket lebihan KL Sentral- Arau. Ada 2 pilihan jika anda tidak mahu rugi untuk tiket yang telah anda beli. Pertama, salah seorang ahli kumpulan kami tunggu sehingga jam ada yang mahu membeli tiket. Jika sehingga jam 6 petang masih tiada yang mahu membeli tiket kami, kami akan minta refund dengan kaunter. Alhamdulillah sebelum jam 6 petang kami didatangi 2 orang dewasa yang mahu membeli tiket kami dengan harga RM190 untuk 2 keping tiket ke Arau walaupun orang itu hanya mahu ke Alor Setar. Maka selesai masalah kami dan kami juga sempat perolehi hasil jualan kopi di sekitar KL Sentral. Jam 630 petang kami pun memulakan perjalanan ke Arau dengan menaiki ETS. Bermulalah perjalanan selama 6-7 jam dalam ETS yang orang panggil ‘duduk dalam peti ais’. Sejuk memang tak terkata. Kami tiba di Arau sekitar jam 12tengah malam.

7 Februari 2020
Setibanya kami di KTM Arau, kami pun bersiap-siap mandi, bersihkan diri dan solat. Selesai itu, kami bergerak ke Jeti Kuala Perlis menaiki grab yang memerlukan sekitar 5 buah kereta grab untuk membawa kami. Ketika itu, kumpulan saya adalah yang terakhir untuk menaiki grab dan sempat kami bersesi konsultansi mengenai perwatakan , tujuan dan target untuk program backpackers ini. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 2pagi. Kami terus berehat, tidur di Jeti. Begitulah backpackers, tidur sahaja dimana boleh dan dimana mahu. Keluar dari keselesaan. Setiap fasi bergilir tidur untuk menjaga kami. Seawal jam 530 pagi kami sudah bangun untuk bersedia beratur membeli tiket feri yang berharga RM18 untuk ke Jeti Pulau Langkawi. Sementara menuggu waktu untuk menaiki feri, kami membuat tugasan video dan menjual kopi.

Ok , di sini saya ingin highlight tentang sekumpulan abang-abang yang sedang sarapan di sebuah kedai makan dan mereka juga mahu ke Pulau Langkawi. Ketika kami sedang menjual kopi, sekumpulan abang-abang ni memandang kami. Kami pun ambil peluang itu dengan menjual kopi pada mereka. Jadi mereka ingat lah wajah kami. Sambungan untuk esok hari tentang abang-abang ini.











Jam 830 pagi kami bergerak ke Jeti Pulau Langkawi menaiki feri. Kami tiba disana sekitar jam 930 pagi.  Setibanya di sana kami terus menaiki sebuah van sewa dan sebuah kereta sewa dan bergerak ke homestay yang telah dicari oleh kumpulan Amzar. Kemudian kami pergi sarapan dan bergerak ke SkyCab. Tiket masuk ke Skycab adalah RM43 seorang. Tetapi itu adalah yang paling biasa dan lantai tidak lutsinar. Jika mahu yang lutsinar harganya mahal sedikit dan kita boleh tengok bawah dengan lantai yang lutsinar ketika Skycab sedang bergerak. Saya menaiki SkyCab bersama ahli kumpulan dan fasi kumpulan saya iaitu Arif. Setibanya kami di atas, betapa seronoknya kerana buat pertama kali nya sampai. Permandangan yang begitu indah beserta angin sejuk seakan-akan angin  itu datang dari air Telaga 7 yang berdekatan dengan Skycab. Di atas kami melakukan proses penjualan seperti biasa, menjual kopi, origami dan hygiene kit. Tidak ku sangka kerana berani pula diri ini mendekati dan berkomunikasi dengan set-set Mat Salleh. HEHE.. Sekitar jam 1 tengahari kami turun dari Skycab dan bergerak untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘Island Hoping’.  Ketika kami mahu ke bot yang akan membawa kami ke Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah, ada seorang kakak yang mengambil gambar kami setiap seorang secara spontan. Saya ingatkan dia memang suka ambil gambar , rupanya.. Cara dia cari duit sangat bijak. Dia dah ambil gambar, dia print, dia potong jadi bulat dan tampal pada satu piring plastik yang ada tertulis Pulau Langkawi. Jadinya bila orang sewaktu balik melihat ada gambarnya atas piring plastik itu dengan muka yang ceria seperti saya akan terjerat untuk beli dengan harga RM10. Kami pun dibawa menaiki bot melihat pulau-pulau yang cantik dan indah dan kami ditunjukkan dengan rupa sebuah bukit yang bentuknya persis seperti orang perempuan bunting, ada kepala, tangan, perut bunting dan kaki. Sebab itulah dinamakan Tasik Dayang Bunting kerana ada perbezaan dengan aliran air laut. Selepas itu kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting dan beraktiviti disitu seperti mandi-manda, berkayak dan sebagainya. Setiap aktiviti yang kami mahu lakukan kami tidak boleh menggunakan duit sendiri. Mesti menggunakan duit kumpulan. Sebab itulah setiap kumpulan perlu bersusah-senang sama-sama dalam mencari duit dan menjual barangan dengan sebaiknya. Sekitar jam 430 petang kami dibawa ke Pulau Beras Basah dan kami ditunjukkan oleh abang bot dengan melemparkan siat-siat ayam lalu akan datang sekumpulan helang yang terlalu banyak terbang di atas kerana dia membau ayam dan helang-helang itu akan mendapatkan ayam itu. Kemudian kami ditunjukkan bagaimana cara mencandat sotong dan sempat juga bermandi-manda di Pulau Beras Basah. Jika mahu bermain air di Pulau Beras Basah, kena tahan sedikit kaki kerana di situ batu karang dia terlalu banyak dan agak tajam. Luka lah sedikit kaki saya. HAHA.. Sempat terjumpa gamat pula tu. Jam 530 petang kami bergerak pulang dan singgah di Pantai Chenang untuk bilas badan kerana mahu pergi makan dan ‘Chocolate hunting’ sebelum pulang ke homestay. Kami pergi makan dan selesai itu terus pulang ke homestay. Kami diberi rehat sehingga jam 11 malam dan tepat jam 11 malam kami mempunyai sesi post-mortem dan luahan isi hati.

Ketika itu, kesemua isi hati diluahkan sampai nangis-nangis dan kemudiannya diselesaikan dengan bermaafan.

8 Februari 2020
Seawal jam 9 pagi kami sudah ‘check-out’ dari homestay dan bergerak ke jeti pulau langkawi serta pulang van dan kereta disitu. Kami menyewa satu tempat untuk menyimpan beg dan kami teruskan jualan kopi dan hygiene kit. Jam 11 pagi kami menaiki grab ke Makam Mahsuri. Tiba di makam mahsuri, wang kami masih sedikit jadi kami mahu menjual dahulu di sekitar kawasan luar Makam Mahsuri sebelum kami masuk ke Makam Mahsuri untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh fasi.

Di sinilah sambungan cerita tentang abang backpackers yang kami jumpa di kedai makan jeti kuala perlis. Kami terjumpa sekumpulan abang ini lagi di Makam Mahsuri. Mereka menaiki kereta Hilux. Mereka pun ingat pada wajah kami begitu juga kami. Jadi kami pergi kepada mereka untuk menegur mereka lagi alang-alang mereka panggil kami. Mereka bertanya “kata nak balik?” kami pun berkata. “Belum lagi, duit belum cukup”. Seraya itu mereka bertanya apa lagi jualan yang kami ada. Kami pun cuba untuk meyakinkan lagi sekumpulan abang itu untuk membeli lagi kopi kami. Tiba-tiba salah seorang abang itu yang duduk di seat driver minta kami menyanyi sebuah lagu moden. Saya selalu mendengar Alia ahli kumpulan saya bernyanyi jadi saya terus minta Alia nyanyi. Mungkin kerana Alia gugup, dia terus jadi terberhenti untuk nyanyi. Alia siap buka surah apa tah untuk mengaji, tapi ia agak pelik dan tidak sesuai dengan situasi. Jadi saya terus memotong Alia dan bertanya kepada abang itu, saya tak begitu ingat lagu moden malah tidak pandai bernyanyi serta hanya bersuara sumbang untuk bernyanyi, tapi saya boleh mencuba. Adakah abang-abang mahu jika saya menyanyikan serangkap dua lagu lama? Mereka pun bersetuju. Saya cuba walaupun ketika itu satu badan sudah menggelatar yang amat. Saya pun mulakan nyanyi serangkap lagu, nak tahu lagu apa? Lagu ini saya sentiasa ingat kerana merupakan lagu yang selalu menjadi nyanyian saya dan emak saya di rumah. Lagunya ialah;

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan..

Saya yang sudah menggeletar terpaksa bertentang mata dengan abang-abang itu bagi meyakinkan mereka. Tidak cukup serangkap lagu, saya sambung lagu lain,

Malam bulan dipagar bintang,
Makin indah jika dipandang,
Bagai gadis beri senyuman,
Pada bujang idaman..

Selesai saya bernyanyi, alangkah terkejutnya, sangat-sangat terkejut kerana abang yang duduk di seat driver itu keluarkan RM50 pada mulanya dan beri kepada kami. Kami apa lagi, alangkah sungguh gembira dan rasa seperti hilang satu beban yang sungguh berat sudah kami pikul. Kemudian abang itu keluarkan lagi RM100 dan beri kepada kami agar kami dapat RM50 setiap seorang untuk tampung kos balik kami. Ya Allah ketika itu, betapa bersyukurnya kami hanya Allah sahaja yang tahu. Kemudian abang-abang itu terus bergerak keluar dari Makam Mahsuri dan memulakan perjalan mereka ke tempat lain.  Ketika itu, sungguh mengambil masa yang lama untuk hilangkan menggelatar pada seluruh badan saya. Ya lah, tak pernah menyanyi tiba-tiba terpaksa nyanyi.

Selesai itu kami terus membeli tiket masuk ke Makam Mahsuri dan masuk ke Makam Mahsuri. Melaksanakan tugasan video di dalam makam mahsuri. Makam Mahsuri sungguh cantik dan indah. Sungguh mempunyai aura tempat-tempat bersejarah.

Selesai tugasan dan berjalan-jalan di Makam Mahsuri, kami perlu ‘Car Pool’ untuk ke Dataran Lang, Langkawi. Buat pertama kalinya buat saya kerana jika mahu cari car pool kami perlu diri di tepi jalan sambil membuat isyarat tangan untuk ke menahan kenderaan. Bunyi membahayakan kan? Tapi kelakar. Setelah beberapa minit menahan kereta, kami terjumpa seorang pakcik dengan sebuah van, pada ketika itu, kami 3 kumpulan bersama, 1 kumpulan dapat satu kereta untuk mereka car pool. Jadi untuk memudahkan, kami membuat keputusan untuk terima sahaja tawaran pakcik itu dengan membayar RM2 satu kepala untuk menghantar kami ke Dataran Lang. Seramai 12 orang berhimpit di dalam sebuah van. Dalam perjalan baru kami nak beritahu Kak Bed. Maka makanlah merajuk Kak Bed, Kak Yus dan Abang Najid kerana kami tidak memberitahu mereka sebelum naik. Tinggal mereka bertiga di Makam Mahsuri. Tambahan pula silap kami kerana Kak Bed sudah beritahu kami jika menaiki Car Pool yang minta bayaran mesti beritahu kak bed dulu tapi kami tidak. Hehe..

Tiba di Dataran Lang kami pun berbincang bagaimana untuk ambil semula hati fasi-fasi. Seterusnya membuat tugasan video dan teruskan menjual kopi dan hygiene kit. Sehingga jam 430 petang kami menjual, jam 5 kami berkumpul semula di jeti langkawi dan mengambil beg. Kemudian kami berehat sementara menunggu waktu untuk menaiki feri. Jam 630 petang kami menaiki feri dan bergerak ke jeti kuala perlis. Sekitar jam 8 malam kami tiba dan terus bergegas ke stesen bas kuala perlis kerana akan menaiki bas bergerak pulang ke tbs jam 930 malam.

Pada ketika sementara menunggu bas tiba, tiba-tiba Kak Bed memberitahu mahu menukar ahli kumpulan saya Alia dengan ahli kumpulan Hasni iaitu Hasni atau Masyitah. Saya pada mulanya memang rasa ini sebuah prank tapi tak apa. Kita ‘just follow with the flow’. Saya cuba pertahankan Alia begitu juga kumpulan Hasni. Tetapi silapnya, saya hampir ikut kata Lysa ahli kumpulan saya untuk mendengar sahaja kata-kata Kak Bed untuk tukar ahli kumpulan. Saya masih tidak mahu dan enggan. Walau macam mana sekalipun kami sudah bersusah payah bersama-sama cari duit, menangis, salah faham dan tiba-tiba mahu tukar ahli kumpulan. Kami tidak mahu, tambahan pula saya sudah sayang pada Alia kerana dia mengajar saya erti kesabaran. Jadi dalam otak saya sentiasa memikirkan point dan peluang untuk saya pertahankan Alia dan membangkang arahan Kak Bed yang tidak berasas di akhir program ini. Kak Bed mahu tukar atas alasan Alia dan Masyitah tidak perform. Kami sebagai ahli kumpulan tahu apa yang sudah dilakukan oleh mereka dan mereka tidak boleh ditukarkan ahli kumpulan. Di atas bas juga kami memikirkan hal ini, setelah beberapa minit berlalu di atas bas, saya dan lysa turun ke tingkat 1 untuk berjumpa Kak Bed dan kami berbahas setegas-tegasnya dalam mempertahankan kumpulan masing-masing. Dan akhirnya kami berjaya untuk tidak tukar ahli kumpulan. Seperti yang dijangkakan, betul. Ini hanyalah sebuah prank dan Kak Bed hanya nak lihat bagaimana kami bersungguh dalam mempertahankan ahli kumpulan masing-masing. Juga rancangan itu adalah hasil Kak Fatin iaitu ahli kumpulan Hasni sendiri. Maka masalah pun selesai.

9 Februari 2020
Kami tiba di TBS sebelum subuh. Sempat bersihkan diri dan bersiap. Selepas itu sambil-sambil menjual. Kemudian kami mengambil KTM BTS ke KTM Seremban yang paling awal. Tiba di seremban kami makan dan menaiki bas ke Melaka Sentral. Tiba di melaka sentral, cabaran buat kami kerana perlu menaiki ‘bas lompat’ iaitu bas panorama yang akan dinaiki sama oleh bangla-bangla. Ma Shaa Allah. Menahan bau sahaja ketika itu. Nak masuk bas sahaja sudah berebut dengan bangla-bangla itu. Cerita seram menjadi realiti. Jam 4petang kami tiba di Muar dan terus membuat persiapan untuk presentation setiap kumpulan tentang laluan perjalanan, kewangan, impak program dalam diri, harapan terhadap program pada masa akan datang dan kenangan paling manis sepanjang program. Jam 630 petang kami selesai dan kesemua peserta bergerak pulang.

















Tips sebagai Backpackers :
1)      Kena mulakan perancangan serba sedikit dari awal.
2)      Kena ada checklist
3)      Kena install apps yang akan memudahkan perjalanan
4)      Kena tahu waktu dan perjalanan pengangkutan awam
5)      Kena sentiasa ada tenaga
6)      Kena sentiasa catat wang keluar dan masuk
7)      Kena berjimat-cermat
8)      Kena sentiasa cata cabaran setiap laluan
9)      Kena sentiasa ada bersama team
10)   Kena support team
11)   Tidak perlu bawa baju terlalu banyak. 2-3 helai sudah mencukupi.
12)    Rekod video disetiap checkpoint yang anda pergi dan ada signboard nama tempat itu.
13)   Rekod perjalanan anda serba sedikit
14)   Yang penting mesti Enjoyyyy.

Sekian sahaja cerita Cabaran Backpackers ‘Kembara Anak Johor’ 2020 Muar-Langkawi-Muar.
Sehingga berjumpa lagi pada penulisan akan datang.

Quotes dari Amzar Firash team Backpackers dan team menjatuhkan air mata kesabaran. HAHA
“Semahal-mahal harga tiket, mahal lagi pengalaman”

Penulis :
Suria Binti Sipon




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...