Jumaat, 21 Februari 2020

[445] #LOVE2020 - Learn One Value and Explore

KITA BUKAN SIAPA - SIAPA TETAPI KITA PUNYAI SEMANGAT YANG LUAR BIASA - Pengetua SMK LKTP Pemanis
17 - 20 Februari 2020 | SMK LKTP Pemanis dan Komuniti FELDA Pemanis
Sepanjang 5 hari bermula 17 - 20 Februari 2020 (mengambil kira 16 Januari dengan kehadiran awal sebahagian delegasi), SMK LKTP Pemanis, PIBG SMK LKTP Pemanis dan komuniti FELDA Pemanis telah berjaya dengan cemerlangnya mengadakan Program Jalinan Pendidikan dan Kebudayaan Negara - Negara Luar atau lebih dikenali sebagai LOVE 2020.


Perkatan LOVE itu merupakan akronim bagi Learn One Value and Explore.
Program telah melibatkan para pelajar dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina termasuk guru - guru mereka sebagai pengiring. Mereka ditempatkan bersama keluarga angkat dan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah di susun.
Pada sebelah pagi, para pelajar akan bersama di dalam kelas di sekolah. Mereka belajar, berinteraksi dan mengikuti pelbagai program berteras akademik yang telah diatur. Manakala pada sebelah petang dan malam, mereka beraktiviti bersama komuniti.












Menurut Pengetua SMK LKTP Pemanis, Puan Hajah Noor Azura, "Program ini dilaksanakan dengan hasrat untuk membawa dunia luar ke dalam dunia anak - anak FELDA Pemani."
"Di samping itu, program juga bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan para pelajar SMK LKTP Pemanis dalam berdepan dan berinteraksi dengan orang luar, terutama dari negara luar," tambah beliau lagi.
Dalam pesanan penghargaan beliau kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan membantu menjayakan program, Pengetua juga merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.
"Kita bukan siapa - siapa, tetapi kita punyai semangat yang luar biasa," tulis beliau dalam mesej khas yang diedarkan.
Bagi pihak G2 dan Alumni SMK LKTP Pemanis yang diberikan peluang untuk bersama - sama menyumbang bakti, mengucapkan syabas dan tahniah kepada SMK LKTP Pemanis, PIBG SMK LKTP Pemanis dan seluruh komuniti yang bersama berganding bahu.

Pengurusan Peserta






Persiapan Tempat








Permainan Tradisional
















Sesi Ice Breaking




Pembinaan Karektor 











 









Persediaan Demo Masakan





















 

Demo Masakan
















Futsal









Bola Jaring








Majlis Penutup dan Penyampaian Tanda Kenangan Dari Alumni dan Team G2








Semoga kita akan dapat terus memacu FELDA Pemanis ke pentas lebih tinggi dengan komitmen dan kebersamaan semua.
Alhamdulillah dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...