FELDA PEMANIS, 28 Oktober - Mesyuarat Pasukan Pengurusan #TAG4Future - Projek Sukarelawan Pendidikan Bilangan 3 telah diadakan semalam.
Mesyuarat menekankan dua perkara utama : Pelaporan Fasa 3 dan pelaksanaan Elemen Guide sebanyak 4 siri yang akan diadakan bulan hadapan.
Laporan Fasa 3 merupakan laporan akhir yang akan merangkumkan seluruh isi perjalanan program #TAG4Future. Ia dijangka akan diterbitkan untuk serahan kepada Impact Malaysia dan tatapan awam pada 5 Disember 2020. Untuk itu, pasukan juga telah membuat delegasi tugas bagi memastikan laporan ini benar - benar komprehensif dan berkualiti tinggi.
Elemen Guide pula, masing - masing 2 siri di dua buah sekolah akan menampilkan 3 orang profesional dalam bidang masing - masing. Dua darinya adalah anak Felda Pemanis. Antara topik yang akan disentuh adalah penyediaan resume, CV, surat iringan, temuduga olok - olok, kehidupan lepas SPM / STPM dan halatuju selepas sekolah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Faiz Ahmad selaku Ketua Projek.
Projek ini ini adalah inisiatif Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan didanai oleh Impact Malaysia. Ia dilaksanakan di dua buah sekolah : SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur. Projek telah berlangsung sejak Julai lalu dan kini berada pada fasa akhir.
#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa
#ImpactMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)