Proses Tambah Nilai Dalam Pelaksanaan Program
Gambar Hiasan : Kendarat di Bukit Siput tahun 2010 |
Tentu ada beza keduanya, baik dari segi ciri motivasi kumpulan yang melaksana, impak sosial dan pemindahan ilmu yang berlaku. Kita juga mengangkat maruah kumpulan melaksana program ke aras bersesuaian kebolehan, kemahiran dan ilmu yang mereka miliki.
Untuk mengisi ruang program sekadar memenuhi tuntutan dan kesenggangan masa, kita tak perlu bersusah payah menyusun tenaga yang berkebolehan. Tak perlu belajar tinggi - tinggi menggaris falsafah di sebaliknya. Tidak perlu bersusah payah memikir apa tambah nilai yang boleh kita serapkan.
Saya suka memberi penekanan bagaimana pelaksana program boleh mendapat manfaat dan meningkatkan aras kebolehan menerusi program. Untuk urusan program itu sendiri, saya lepaskan mereka untuk selesaikan. Itu bukan aras saya untuk berurusan dengan awam dan hierarki lain dalam program.
Urusan saya adalah dengan pelaksana program. Sejauh mana mereka buat benda dengan betul (walau selalunya juga saya belajar bagaimana hadapi isu baharu), inovasi yang dicanai dan proses pemindahan ilmu, kemahiran atau pengalaman.
Itu jauh lebih penting.
Jika tidak, jangan harap kita boleh meningkatkan nilai dan makna kerja - kerja kesukarelaan dalam pengurusan program. Selamanya kita akan berada pada aras biasa dan pencapaian akan terus menjauh.
Mizam Rahim
Penyelaras Sukarelawan dan Program
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)