BULOH KASAP, 17 November - #TeamG2 membuka tirai Cerita Covid Kita - Musim ke - 2 hari ini menerusi projek Edaran 'Face Mask' dan 'Hand Sanitizer' untuk komuniti Segamat.
Projek 13 hari di 12 lokasi ini dimulakan dengan Pasar Lambak Buloh Kasap. Hujan yang turun menyebabkan bilangan pengujung dan peniaga berkurangan, namun tidak menghalang untuk agihan diteruskan mengikut kapasiti yang ada.
6 orang bertugas untuk hari pertama dari 13 hari yang dirancang iaitu Azhari, Akim, Faiz, Anees, Izham dan Zam. Ia bermula jam 6.00 petang dan berakhir 40 minit kemudian.
Projek ini adalah inisiatif #TeamG2 untuk #SegamatSelamat dan merealisasikan #KitaJagaKita. Projek Cerita Covid Kita - Musim Pertama dahulu telah berlangsung dengan cemerlang menerusi mekanisme sumbangan kebajikan kepada hampir 250 keluarga terjejas di 33 penempatan seluruh Segamat di samping beberapa projek lain.
Kesemua projek, termasuk yang ini adalah hasil pungutan dana awam (crowdfunding), sedekah dan sumbangan orang ramai menerusi akaun G2.
Sumbangan tunai atau barangan :
551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank - hantar bukti pada sekretariat
Atau hubungi :
Zam : 0137686021
Irfan : 0177464146
Akim : 0149265317
#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)