Jumaat, 8 Januari 2021

[636] Inovasi Suatu Trend Yang Tidak Dapat Dielak, Ia Akan Jadi Sebahagian Hidup Kita

INOVASI SATU 'TREND' YANG TIDAK DAPAT DIELAK, IA AKAN JADI SEBAHAGIAN HIDUP KITA

FELDA PEMANIS, 7 Januari - Generasi muda harus mengikuti 'trend' yang berlaku terutamanya dalam inovasi teknologi kehidupan kerana ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kini. Perkembangan teknologi dan bagaimana manusia berubah dalam menjalani kehidupan telah berlaku dengan amat pantas sekali.

Itulah antara pesanan yang disampaikan oleh YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Johor ketika menutup rasmi Rakan Muda Inovasi - Bengkel Asas Arduino di Pusat Internet Felda Pemanis Dua, hari ini.

"Saya selalu memikirkan bagaimana kita boleh mengembangkan inovasi. Tidak pernah terfikir saya bahawa hari ini perkara ini berada dan bermula di FELDA dalam kawasan saya," tambah beliau lagi.




Dr. Chong yang juga ADUN Kawasan Pemanis juga bersedia untuk memberikan sokongan dan platform untuk generasi muda mengembangkan daya inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan seharian.

Turut hadir adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Penyelaras Program ARPRM #TeamG2 dan Alumni Emas.

Bengkel selama 2 hari itu mendedahkan peserta kepada rekacipta instrumen berasaskan litar elektronik Arduino UNO menerusi kaedah pengekodan komputer. Ia dikendalikan oleh Mohd Faiz Ahmad, graduan Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari UNITEN yang juga merupakan alumni Tahap Emas, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.





















































Program ini adalah sebahagian dari siri program Jelajah Prihatin MAGAA Peringkat Kebangsaan untuk Daerah Segamat. Semua program dalam siri ini, di serata negara dalam pelbagai variasi projek, dikendalikan oleh pemegang Emas ARPRM. Ia adalah anjuran bersama Pertubuhan Belia Emas Perdana Malaysia (Malaysia Gold Award Association - MAGAA, sebuah persatuan untuk pemegang Emas ARPRM) dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (#TeamG2) dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Seramai 10 orang remaja dalam lingkungan usia 14 - 17 tahun menyertai bengkel ini. Bilangan yang terhad ini adalah kerana kos pembelian alatan bagi setiap pakej peserta adalah tinggi.

#MAGAA #TeamG2 #MAGAAPrihatin #Inovasi #RakanMuda #ARPRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...