SUMBANGAN PAKAIAN UNTUK MANGSA BANJIR
HUB BELIA DAERAH SEGAMAT, 14 Januari - #TeamG2 telah mengumpulkan pakaian - pakaian untuk disumbangkan ke pusat pengumpulan Hub Belia Daerah Segamat dikendalikan Majlis Belia Daerah Segamat.
Ia akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri Johor dan Pahang. Terima kasih kepada semua penyumbang termasuk guru - guru sekolah yang telah bersama mengumpulkan pakaian ini.
Sumbangan diterima oleh Mohd Faiz selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat. Ia diserahkan oleh Mustakim dan Muhd Izham bagi pihak #TeamG2. Turut bersama adalah Encik Mizam, Encik Ezuan (Naib Pengerusi 2 MBD), Cik Noraini (Setiausaha MBD) dan Encik Hafiz (Exco Sukarelawan MBD).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)