SUKARELAWAN #TEAMG2 BANTU PENGURUSAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
23 - 27 Januari 2021 - Empat orang sukarelawan dari #TeamG2 telah membantu UMNO Bahagian Sekijang di bawah kepimpinan Datuk Dr. Haji Baharum Mohamed untuk melaksanakan kerja - kerja pengurusan, persiapan dan agihan sumbangan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Secara bergilir seorang setiap hari berikutan pergerakan yang terhad dan SOP PKP, mereka adalah Kadim Abdul Kahar, Mohd Nur Ashraff Husin, Mustakim Abdul Kahar dan Mohd Faiz Ahmad. Sukarelawan dari #TeamG2 diselia oleh Encik Zam.
Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan ini. Semoga kita semua dapat menjaga diri dan keluarga masing - masing dalam saat Pandemik COVID - 19 ini.
#KalahBukanPilihan
#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)