AFIQ AMSYAR PUTRA DAN HAKIM AIMAN MOHD FAIZAL GANGSA KE 340 DAN 341 #TeamG2, SEMAKAN BUKU REKOD DITERUSKAN KE FASA 2
ISNIN, 8 Mac 2021 - Sesi Semakan Buku Rekod dan Refleksi ARPRM Tahap Gangsa dan Perak oleh #TeamG2 diteruskan lagi dengan Fasa 2 menyaksikan Afiq Amsyar Putra dan Mohd Hakim Aiman menjadi Gangsa ke 2 dan 3 selesai semua komponen.
Mereka juga merupakan Gangsa ke 340 dan 341 dalam senarai keseluruhan menerusi Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
Seramai 11 orang peserta hari ini hadir untuk sesi yang diadakan. Mentor berkhidmat hari ini adalah Suria, Irfan dan Mizam.
Setiap peserta akan disemak perekodan masing - masing selain dibimbing untuk membolehkan aktiviti mereka dapat dilaksanakan, disusun dan direkod dengan sistematik lagi terancang.
Selain Afiq dan Aiman, peserta lain masih lagi belum dapat menyempurnakan semua komponen aktiviti terutama Penjelajahan Lasak yang terkekang kerana PKP dan SOP oleh MKN. Mereka telah menyempurnakan 2 atau 3 komponen dengan lengkap.
Peserta dibahagikan kepada beberapa fasa. Berikutnya adalah Fasa 3 yang dijadualkan akan diadakan pada hari Rabu.
#ARPRM #DofE #DoE #TeamG2 #KeranaKitaHamba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)