Selasa, 23 Mac 2021

[670] #SPM2020 - Menggapai Pendidikan Ketiga Siri 12 - Sesi 1 (Kelas Sains Biologi)

Sesi 1 : Pelajar lepasan #SPM2020 aliran Sains (Biologi)

ISNIN, 22 Mac - Kumpulan pelajar lepasan #SPM2020 dari kelas aliran Sains (Biologi) memulakan dengan Sesi 1 : Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Siri 12. Ia dianjurkan oleh #TeamG2 bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK LKTP Pemanis untuk semua anak - anak Felda Pemanis secara percuma.

Mereka melaksanakan pengisian untuk sistem permohonan matrikulasi dan IPG oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem UPU untuk Asasi, Diploma dan Sijil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan sistem TVET / UPIM / IPMA oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Bagi setiap sistem permohonan, ia dimulakan dengan sesi penerangan mengenai keperluan, pilihan yang ada dan bagaimana membuat keputusan.


























































Untuk sesi ini, ia tidak lagi menggunakan kaedah ‘single window single offer’ tetapi telah kembali dipisahkan sebagaimana pernah berlaku terdahulu.

Program memfokus kepada pelajar lepasan #SPM2020 dalam usaha memastikan mereka seramai mungkin ke pengajian tinggi di samping mengisi borang dan pilihan dengan betul.

Fasilitator bertugas sesi ini adalah Kaunselor Jalilah, Mizam Rahim dan Kadim Abdul Kahar.

#LifeAfterSPM #TeamG2 #KeranaKitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...