BADAN OPERASI ARPRM #TeamG2 TERLIBAT DALAM KAJIAN ARPRM
ISNIN, 15 Mac 2021 - Seramai 3 orang Mentor, Jurulatih dan Penilai Dalaman dari Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini terlibat sebagai informan dalam Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program ARPRM.
Kajian secara temubual 2 jam itu dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan dikendalikan oleh Dr. Mursyid. Ia diadakan menerusi platform Cisco Webex.
#TeamG2 berada pada Sesi 6 bersama Persatuan Belia Dinamik Barat Seremban, SMK Abu Bakar Temerloh dan BO Besut, Terengganu.
Beberapa soalan telah dikemukakan oleh Dr. Mursyid menjurus bagaimana Badan Operasi melaksanakan ARPRM, termasuk menilai peserta mereka. Responden juga telah memberikan pendapat dan cadangan mereka.
Terdapat 10 sesi dalam kajian ini dan ia melibatkan beberapa Badan Operasi ARPRM terdiri dari NGO, sekolah, IKBN dan sebagainya.
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mursyid, IYRES dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan atas penghargaan untuk #TeamG2 bersama dalam kajian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)