MUKIM GEMAS DAN MUKIM BULOH KASAP, 1 Mei bersamaan 19 Ramadhan 1442H - #LenteraKasih10 - Hari Kelapan
"Mak ni pun baru je terlantar. Isteri saya 8 tahun dah atas kerusi roda," seorang suami dan anak menjaga isteri dan emaknya yang sakit. Betapa ujian bertimpa di atas bahunya. Anak - anaknya 3 orang, dua orang berada di Politeknik Premier, manakala yang bongsu berusia 8 tahun lahir menerusi pembedahan kerana isterinya berada di atas kerusi roda.
"Ya, akak masih ingat. Tahun lepas ada datang. Tapi lupa siapa nama awak," sambil menyeka air mata dan seperti biasa bersimpuh di pintu rumah yang dibina oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
"Pakcik ingat, ya ingat. Tahun lepas bulan puasa jugak kan ada datang," seorang warga emas yang uzur tinggal berdua bersama pasangannya yang juga telah berumur dan membongkok.
Hari ke lapan Lentera Kasih 10 menyusur ke Kampung Mensudut Lama, Kampung Balai Badang, Kg Spang Loi dan Kampung Jawa. Misi kali ini di atas panduan Ustaz Saidi dari MAIJ Segamat. Sukarelawan hari ini, Mohd Faiz menyantuni 10 keluarga pada sebelah petang dalam jelajah misi ini.
Ramadhan kini tiba ke 10 hari terakhir. Terasa cepat benar masa berlalu. Banyak kisah dari komuniti kita yang kami temui.
Terima kasih Tuan Puan atas fidyah, sedekah dan sumbangan yang dihulurkan untuk Misi Jaringan Perlindungan Sosial : Lentera Kasih 10 sepanjang Ramadhan ini.
Untuk menyumbang, barangan atau tunai :
551052312191 (Maybank)
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Atau hubungi :
Zam 0137686021
Akim 0149265 317
Anis 01136741917
Sedekah tidak memiskinkan. Ia juga tidak bersyarat. Terima kasih atas keprihatinan anda. Semoga Allah memberikan ganjaran sebaiknya untuk semua yang menyumbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)