MyVAC Daerah Segamat - Hari 1
Langkahan Pertama Bermula Hari Ini Untuk Negara dan Komuniti Kita
SEGAMAT, 2 Mei - Sukarelawan MyVAC KBS - KPT - MOSTI hari ini memulakan langkahan pertama perkhidmatan lapangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna, Jalan Genuang.
Seramai 11 orang sukarelawan MyVAC yang diselia oleh Encik Hasdi Ismail mula mengurus penerima vaksin Fasa 2 ini seawal jam 08.00 pagi. Untuk Fasa 2, penerima vaksin adalah dari kalangan warga emas dan golongan berisiko.
Sukarelawan MyVAC membantu mengisi borang bertulis, mengatur pergerakan, input data ke dalam sistem, urusan MySejahtera dan pelbagai lagi kerja bukan kesihatan.
Encik Khairul, Timbalan Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah hadir untuk meninjau perjalanan hari pertama ini. Turut bersama adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Johor.
#TeamG2 adalah sebahagian dari pasukan Sukarelawan MyVAC Daerah Segamat ini.
Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK)
#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)