Sabtu, 8 Mei 2021

[713] Felo Perdana Kohort 9, 2021 - Sesi Temuduga

#TeamG2 BERJUANG FELO PERDANA, KADEM LEPASI SARINGAN UNTUK KE TEMUDUGA

SEGAMAT, 6 Mei - Setelah selesai perjuangan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan, #TeamG2 berjuang pula untuk Felo Perdana Kohort 9, 2020 menerusi satu - satunya calon yang melepasi saringan iaitu Kadem bin Abdul Kahar.

Kadem, lebih mesra dipanggil Adim, 21 tahun, merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam disiplin pengajian Keusahawanan (Logistik dan Pengedaran) pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Beliau berkedudukan Ijazah Kelas Pertama.



















Adim juga merupakan peserta ARPRM pada Tahap Perak, aktivis dan sukarelawan #TeamG2 menerusi projek pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti. Beliau juga merupakan Enemurator Indeks Belia Malaysia oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT menerusi Program Imunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).

G2 menghantar beberapa permohonan untuk Felo Perdana dan Felo Korporat kemasukan tahun ini. Mereka yang disenarai pendek sedang melalui proses temuduga secara virtual dari 4 - 9 Mei ini.

Adim selesai menjalani temuduga selama 15 minit dengan 7 soalan diberikan.

Felo Perdana adalah projek berprestij Kerajaan Malaysia untuk belia menerusi Kementerian Belia dan Sukan di mana mahasiswa dan graduan akan ditempatkan bersama YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kabinet untuk tempoh tertentu. G2 pernah melahirkan 2 orang Felo iaitu Suria Sipon (Felo Korporat 2019) dan Hairul Asraf Abas (Felo Perdana 2020).

#FeloPerdana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...