Ahad, 16 Januari 2022

[972] Misi Pasca Bencana Segamat : Sukarelawan Pengurusan Sumbangan YB Menteri Pengajian Tinggi

SEGAMAT, 6 Januari - Empat orang sukarelawan #TeamG2 telah membantu dalam pengurusan sumbangan mangsa banjir oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad.  Mereka adalah Mustakim Akim Mus, Kdm Khr, Aniq Amsyar dan Ihtisyam Fakrullah.

Sumbangan ini adalah menerusi program KPT - UUM Prihatin. 

Kerja - kerja pengurusan bermula pada 5 Januari jam 10 malam dengan pengurusan barangan yang datang dari Universiti Utara Malaysia (UUM).  Sebanyak 500 set telah diuruskan.

Kemudian, pada tengah hari 6 Januari, ia diikuti pula dengan majlis ringas penyampaian sumbangan oleh YB Menteri. Sukarelawan membantu mengagihkan sumbangan ke tiga buah PPS yang disampaikan oleh Menteri : PPS Paya Pulai, PPS Pogoh 2 dan PPS Lubok Selumar.
































Tahniah dan terima kasih kepada YB Menteri Pengajian Tinggi di atas sumbangan ini. Terima kasih kepada Datuk Dr Haji Baharum Mohamed dan semua sukarelawan yang membantu.

#BanjirSegamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...