KG SEBERANG BATU BADAK, 14 Januari - Tahun lepas rumah ini. Begitu juga tahun ini. Kali ini lebih tragis : hampir semuanya musnah, air sehingga ke bumbung.
Kami berkunjung ke kediaman Puan Maheran di Kg Seberang Batu Badak, Segamat. Lapan orang sukarelawan kami - Mustakim, Amin, Aniq, Hasmiezan, Leysa, Akma, Saliha dan Afiq. Kerja - kerja pembersihan rumah dalam Misi Pasca Bencana Banjir Rakan Muda Daerah Segamat dimulakan jam 09.30 pagi dan berakhir 04.30 petang.
Turut bersama adalah Alumni MyVAC, Kelab Rakan Muda Tangkak, sukarelawan ARPRM The Segamat Buddhist Society, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Southern Volunteers Simpang Renggam.
Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat khususnya Encik Maizatul Asrul (Pegawai Belia dan Sukan), Encik Hasdi Ismail dan Encik Hayadde Hamzani.
Terima kasih juga buat YM Ungku selaku YDP Majlis Perbandaran Segamat, Encik Helmi Rohani, Encik Faizi dan semua dari MPS.
Juga terima kasih kepada Encik Firdaus yang membantu pengurusan sukarelawan dan Tuan Haji Muzaffar yang menyumbang dan. sentiasa mengingati kami.
Terima kasih tuan rumah kerana masih lagi percaya kepada kami.
Terima kasih sukarelawan. Semoga kita terus hidup dalam silangan bantu - membantu, saat senang terlebih lagi kala duka dan sukar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)