SEGAMAT, 9 Januari - Persatuan Belia Dinamik Barat telah melaksanakan Misi Pasca Bencana di Kg Spang Loi, Segamat. Ia membawa pasukan Sukarelawan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Impact Malaysia.
Misi ini telah diselaraskan di lapangan oleh Encik Mizam Rahim, Mentor Program ARPRM yang juga Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal Kebangsaan.
Sukarelawan yang hadir pula diselia oleh Encik Zaharruddin Abd Majid, Mentor ARPRM Dinamik Barat bersama Encik Ahmad Siddiq Adnan.
Sukarelawan melapor diri dan mendapatkan kebenaran dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Majlis Perbandaran Segamat. Terima kasih YM Ungku selaku Yang DiPertua di atas kata - kata semangat yang diberikan.
Mereka juga melaksanakan ujian pengesanan COVID - 19 yang diselaraskan oleh MA Azuan Rahim dan Sister Azalina Azis. Terima kasih Pejabat Kesihan Daerah Segamat.
Di Kg Spang Loi, sukarelawan membantu mengurus sampah - sampah bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kemudian, mereka menyantuni penduduk kampung dengan menyampaikan sumbangan. Kampung ini adalah antara yang teruk terjejas kerana banjir. Harta benda mereka banyak yang musnah.
Terima kasih semua pihak yang membantu dalam menjayakan misi di Kg Spang Loi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)