Di sebalik lagut dengan kerja - kerja akademik, Muhammad Izzat Danish Aidil sempat mencuri masa untuk bersukarela.
Bakal guru kaunseling yang kini menekuni pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata, “Saya melihat bagaimana anak muda seharusnya didedahkan dengan nilai sebenar kerja - kerja kesukarelaaan.’
“Pendekatan yang sesuai selaras minat harus dikembangkan dalam usaha menyuburkan jiwa kesukarelaan itu,” tambah beliau lagi.
Izzat yang berdaftar sebagai peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerusi #TeamG2 kini sedang melaksanakan komponen pada tahap Perak.
Beliau aktif menjadi sebahagian dari sukarelawan untuk aktiviti di sekolah dan kem. Ia menjadi sebahagian dari jiwanya.
“Menerusinya, saya dapat berkongsi manfaat dan pengalaman yang saya lalui. Ia diharapkan menjadi pengajaran dan memberi suntikan semangat kepada generasi seterusnya untuk terus menyumbang kembali.”
“Masa yang ada harus dimanfaatkan. Ia lebih baik dari tidak berbuat apa - apa sama ada di rumah atau di universiti,” ujarnya lagi.
#BungaBangsa #TheBonding #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)