Isnin, 16 Januari 2023

[1,190] ‘Saya Belajar Komunikasi, Penyelesaian Masalah dan Resolusi Konflik’ - Shila Sapee

‘Saya Belajar Komunikasi, Penyelesaian Masalah dan Resolusi Konflik’

Kepimpinan dan kesukarelaan mengajar anak muda ini banyak perkara - komunikasi, pengurusan majlis, sikap yang baik, protokol dan resolusi konflik.

“Saya berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan lebih baik kerana saya berurusan dengan pelbagai lapisan komuniti.

“Paling penting, ia melatih saya untuk daya penyelesaian masalah atau resolusi konflik,” jelas Shila Sapee, mahasiswa tahun 3 Sarjana Muda Sains (Kimia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Shila, pemegang Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh’s International Award United Kingdom merupakan aktivis dan sukarelawan dari #TeamG2.

Beliau juga merupakan Bendahari Kehormat, Kolej Tun Dr Ismail, UPM selain dimanahkan sebagai Penyelaras, Sekretariat Intelek dan Inovasi.

Bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ini menjelaskan, “Saya menjadi medium suara bagi menyampaikan permasalahan pelajar ke pengurusan kolej. Saya cuba membantu menyelesaikan masalah, isu dan konflik secara professional sebagai seorang mahasiswa.”

Ramai mengetahui Shila juga melakuan kerja perniagaan sambilan selain tuntutan pelajaran dan kesukarelaan kepimpinan di universiti. Ditanya bagaimana beliau mengimbangi semua ini, Shila berkata, “Agak sukar. Tetapi saya mendapati semakin saya sibuk, semakin saya pandai mengurus masa.

“Saya akan membuat penjadualan dan senarai peringatan. Saya tahu waktu saya amat terhad,” tambah beliau lagi.

#BungaBangsa #TeamG2 #TheSurvivor #GoldStandard












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...