Bermula sejak bangku tadika lagi, Muhammad Izzat Danish Mohd Aidil dan bola sepak tidak dapat dipisahkan.
“Bola sepak merupakan ‘coping - mechanism’ bagi diri saya sendiri. Menerusinya, saya boleh lupakan semua masalah yang sedang dihadapi.
“Ia merupakan separuh dari hidup saya,” ujar beliau.
Izzat yang berdaftar sebagai peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerusi #TeamG2 kini sedang melaksanakan komponen pada tahap Perak. Bola sepak merupakan pilihan beliau untuk komponen Rekreasi Fizikal.
Mahasiswa Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini seterusnya berkata, “Sejujurnya mengimbangi antara minat dan akademik bukan mudah bagi diri saya.
“Saya perlu membahagikan masa dengan cermat. Jadual belajar semasa di sekolah dan universiti sememangnya berbeza tetapi itu bukanlah penghalang untuk membahagikan waktu belajar, waktu rehat dan waktu bersukan,” jelas beliau.
“Sebagai mahasiswa, penjadualan harian sememangnya penting. Penat bukanlah alasan untuk kita berhenti melakukan apa yang kita minat. Awalnya, mengikuti jadual agak sukar sebenarnya tetapi bak perumpamaan alah bisa tegal biasa. Akhirnya, kita sudah biasa dengan apa yang kita lalui,” ulas beliau lagi.
#BungaBangsa #TheBonding #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)