EMPAT ALUMNI MATRIKULASI BANTU PELAJAR SPM 2022
FELDA PEMANIS, 4 Februari - Program tahunan Menggapai Pendidikan Ketiga diteruskan untuk Batch SPM 2022 dengan Perkongsian Pengalaman Alumni Matrikulasi dan Pengisian Borang Secara Dalam Talian.
Ia disertai oleh pelajar SPM 2022 dari aliran STEM yang baharu sahaja selesai Ujian Amali Sains seterusnya bakal berdepan Ujian Lisan dan Peperiksaan SPM Bertulis.
Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh Encik Mohd Shafiq Rozali, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau adalah alumni Kolej Matrikulasi Perak.
Ia kemudian disusuli oleh Encik Mohd Fadli Shahpeai, Jurutera Awam di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Sesi kemudian menampilkan Ts Dr Nurul Aqilah Mohd Zaini, juga alumni Kolej Matrikulasi KPM yang kini merupakan Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut bersama adalah Encik Azizi Abd Rahim, antara alumni terawal Matrikulasi KPM, seorang PTD yang sedang menyambung pengajian Sarjana di UKM.
Para pelajar dibimbing untuk menyempurnakan pengisian borang dan disemak supaya tiada kesalahan.
Ini merupakan tahun ke 20 Projek Sukarelawan Pendidikan, meliputi pelbagai dimensi program berteraskan pendidikan sebagai sumber sokongan kepada komuniti. Perkongsian Pengalaman dan Pengisian Borang adalah salah satu dari cabang program ini.
Selamat maju jaya kepada semua. Tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
#BungaBangsa #TeamG2 #SukarelawanPendidikan #InsklusivitiPendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)