Ahad, 26 Februari 2023

[1,210] OMJ @ PEAK HUNTERS - Gunung Belumut

TUJUH PENDAKI #TeamG2 SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG BELUMUT

KLUANG, 25 Februari - Tujuh orang pendaki dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya sampai ke puncak Gunung Belumut pada ketinggian 1,010 meter dari paras laut dengan jarak pergi balik melebohi 12 kilometer.

Pendakian menerusi program OMJ @ Peak Hunters ini dianjurkan Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC). Ia mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Malim Gunung Perhutanan Johor.

Sesi flag-off telah disempurnakan di Taman Eko Rimba (TER) Gunung Belumut, Kluang oleh YBhg. Dato’ On Bin Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Sukan Belia & Sukarelawan). Turut hadir YBhg Dato’ Salim Bin Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan YBhg. Haji Ts. Mohd Ekmaluddin Bin Dato' Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

Lima lokasi pendakian terlibat iaitu Gunung Belumut, (Kluang), Gunung Banang (Batu Pahat), Gunung Panti (Kota Tinggi), Gunung Muntahak (Kota Tinggi) dan Gunung Arong (Mersing).

Program bertujuan memberikan pendedahan kepada belia berkenaan aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di samping menikmati flora, fauna dan keindahan alam semulajadinya.

#JOYDEC #TeamG2 #Hiking




















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...