30 PENSYARAH, PEGAWAI UTHM SEMPURNA KURSUS PEMIMPIN ARPRM
BATU PAHAT, 17 Februari - Seramai 30 orang pensyarah, Penyelaras Badan Beruniform, Pegawai Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pegawai Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyempurnakan kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Kursus dikendalikan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis diketuai oleh Encik Zam selaku Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) Program ARPRM Kebangsaan.
Ia dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS) universiti berkenaan.
Para pemimpin ini telah menjalani beberapa modul latihan antaranya Konsep dan Falsafah ARPRM, Pengurusan Badan Operasi (BO), Perekodan dan Penilaian juga Sistem Prolog.
Sesi perkongsian pengalaman telah disampaikan oleh Mustakim Abdul Kahar (Emas 2019) dan Mohd Zulfahmi Zain (Emas 2022).
Mereka juga diberikan contoh hasil pelaporan para peserta dari semua tahap yang mengikuti program ini di bawah BO #TeamG2.
UTHM menerusi BO PKK bakal melaksanakan program ARPRM untuk mahasiswanya dalam waktu terdekat sebagai elemen tambah nilai.
#ARPRM #DofE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)