20 TAHUN SECARA MANUAL, #TeamG2 MULAKAN TRANSISI PEREKODAN DIGITAL ARPRM
SEGAMAT, 7 Januari - Bermula hujung tahun lepas, program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerusi Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mula mengorak langkah ke sistem digital.
Transisi ini menyaksikan satu perubahan besar setelah 20 tahun kaedah perekodan dilakukan secara manual menerusi penggunaan borang dan buku rekod.
Ia dimulakan dengan pendaftaran penggunaan sistem oleh Badan Operasi dan mendaftarkan semua Pemimpin Anugerah ke dalam sistem.
Kumpulan pertama yang melaksana perekodan digital adalah 3 orang peserta ARPRM Tahap Emas iaitu Siti Zurainie, Hairizan dan Mohd Hafiz. Ia kemudian diikuti oleh 4 yang lain pada tahap yang sama iaitu Izzat Danish, Iskandar Zulkarnain, Ashraaf Rahmat dan Ezrafiq Hairul Maizar, menjadikan 7 orang semua.
Juga menjadi perintis kepada sistem digital adalah 4 orang mahasiswa peringkat Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak iaitu Nurathirah (Sains Politik), Akmal Syaufi (Fiqh Wa Usul Al - Fiqh), Suhailah (Pendidikan Bimbingan Kaunseling) dan Afif (TESL).
Peserta lain masih lagi meneruskan dengan kaedah buku rekod sehingga tamat tahap masing - masing sebelum beralih kepada sistem digital. Dijangkakan proses peralihan ini akan selesai keseluruhannya menjalang separuh tahun kedua ini.
Menerusi kaedah digital, semua maklumat dan rekod aktiviti peserta termasuk gambar akan disimpan di dalam sistem yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Semakan dan pengesahan aktiviti oleh Mentor juga dilakukan secara dalam talian. Justeru, penggunaan buku rekod tidak diperlukan lagi.
Para peserta boleh memasukan (key in) aktiviti mereka menerusi telefon pintar, tablet, laptop atau komputer peribadi. Mentor dan Penilai ARPRM kemudian boleh mengakses catatan peserta apabila lengkap, memberikan komen, mengesahkan atau tidak sama seperti penggunaan buku rekod.
#TeamG2 menjadi Badan Operasi pertama di Johor dan terawal di Malaysia yang mengimplementasikan kaedah digital dalam perekodan. Ia boleh diakses menerusi laman web www.arprm.kbs.gov.my.
#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)