Khamis, 18 Januari 2024

[1,438] Part 2 - Slot Pembinaan Pasukan - Mini Perkhemahan Tahun 6 SKPD

 PART 2 - MAJLIS PENUTUP SLOT PEMBINAAN PASUKAN - MINI PERKHEMAHAN TAHUN 6 SK (FELDA) PEMANIS 2

FELDA PEMANIS 2, 18 Januari - Seramai 21 orang sukarelawan #TeamG2 terdiri dari Fasilitator, Co - Faslitator dan Urusetia telah berkhidmat petang tadi untuk Slot Pembinaan Pasukan sempena Mini Perkhemahan Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pemanis 2.

Perkhemahan ini disertai oleh 37 orang pelajar Tahun 6.

Sukarelawan telah menggubal modul mereka sendiri untuk pengisian di 7 stesyen yang ditetapkan. Pelbagai aras kemahiran meliputi fizikal dan berfikir telah digabungjalinkan. 

Slot bermula jam 04.15 petang dengan sesi pengenalan, solat Asar berjemaah sebelum ke lapangan. Ia berakhir kira - kira jam 07.30 malam.

Terima kasih kepada Guru Besar (Tuan Haji Rosli Ismail), GPK 1 (Ustaz Assri), GPK HEM, GPK Koko, Guru Penyelaras, guru - guru dan adik - adik peserta. Terima kasih juga kepada semua sukarelawan yang terlibat.

#BungaBangsa #TeamG2 #KhidmatMasyarakat #21TahunSukarelawanPendidikan































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...