JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ SEGAMAT
SEGAMAT, 27 Januari 2024 - Hampir 8,000 orang memeriahkan Dataran Segamat dengan pelbagai pengian ilmu dan aktiviti menerusi Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Segamat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor semalam.
Turut bersama adalah 50 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
Program padat sehari bermula pada waktu subuh itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Antara agensi yang terlibat adalah PERKESO, Perbadanan Usahawan Johor Berhad, INSTED, Yayasan Warisan Johor, Askar Wataniah, RISDA, Kolej Komuniti Segamat, Jabatan Belia dan Sukan Johor juga tentunyalah Southern Volunteers Segamat.
#BungaBangsa #SouthernVolunteers #TeamG2 #OMJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)