Khamis, 19 September 2019

[416] Bukan Cap Ayam dan Kita Perlu 'Resilience'

Catatan Mizam Rahim, Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE), sebagaimana dipetik di Facebook beliau pada tarikh hantaran 12 September 2019

Apapun, saya mulai dengan Alhamdulillah. Tahun ke 15 dan Kohort Emas ke 5 di bawah saya selesai ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award - Gold Standard. Tahniah buat Affif, ALiah, Suliyza, Asraf, Akim, Mirae dan Iman : Mereka memasuki Hall of Fame Emas ke 23 - 29 dalam senarai G2 selaku Badan Operasi. Terima kasih kepada semua Mentor, Jurulatih dan Panel Penilai Dalaman Badan Operasi yang mendedikasikan hidup untuk merealisasikan ini.
Lebih bermakna, tahun ini ia dihadiri dan disampaikan oleh Putera Edward, Earl of Wessex selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DofE yang berpangkalan di United Kingdom. Saya masih ingat, ketika 2004, tahun pertama saya memulakan ARPRM, saya dan peserta sulung Gangsa ARPRM saya hanya sekadar penambah orang di dalam salah satu majlis yang dihadiri oleh Putera Andrew, juga dari Kerabat DiRaja Britain. Juga konsert Tomok yang diboo dan dibaling telur.
Itu sebahagian anekdot 15 tahun lalu, zaman saya noob di dalam ARPRM, yang baharu sahaja lulus peperiksaan dan ditauliahkan sebagai Mentor oleh Dr. Wasitah yang mengendalikan sendiri kursus dan menutup sendiri program.
Ramai Mentor muda, juga pemegang Emas dari tauliah yang lepas mengadu pelbagai perkara tahun ini. Ya, sebagai pakcik yang tua di dalam ARPRM, saya mungkin menjadi sedikit cool dan strategik. Tidak seperti mereka, walau saya pernah melalui zaman seperti itu dengan dua tahun mogok ARPRM. Dik, ini hanya baru permulaan cerita, bukan pengakhiran apatah lagi klimaks. Banyak lagi jalan berliku yang akan ditempuhi.
Sama ada Kerajaan lama atau Kerajaan baharu yang ditukar oleh rakyat ini, ceritanya tetap sama. Hampir 4 tahun semua NGO yang menggerakkan ARPRM berdiri atas kaki sendiri. Tanpa sebarang dana Kerajaan, malah lebih sukar untuk mendapatkan bantuan Wakil Rakyat. Tetapi kami masih lagi mampu bergerak. Kita lahirkan di pentas anugerah seorang Emas hari ini, cerita prosesnya mengambil masa minima 3 tahun, biasanya melebihi 4 tahun. Dalam masa sepanjang proses itu, ada hukum, peraturan dan tatacara antarabangsa yang perlu diikuti. Ada projek yang perlu diselesaikan.
Saat 99% orang akan langgar semua hukum dan peraturan, adakah kita masih lagi mahu bersama? Atau kita tetap istiqamah dan mengikut buku? Di saat inilah kita diuji dengan perkataan integriti : Membuat perkara yang betul walaupun tiada siapa yang mengetahui atau berada bersama kita untuk menyemak.
Dengan itu, melahirkan seorang, mahupun satu kumpulan yang mendapat penarafan Emas amat berpegang kepada nilai integriti, selain dari semangat kesukarelaan yang superb. Anda bekerja untuk itu, dari seluruh pelusuk dunia ini, ribuan sukarelawan dewasa yang membantu pembangunan generasi muda, secara sukarela.
Maka, yang lahir dari sistem yang benar - benar teruji, dengan kekangan sumber dan akses, bukanlah sekadar cap ayam semata - mata.
Tahniah untuk semua penerima Emas ARPRM - DofE sesi 2019. Tahniah buat adik - adik Mentor muda saya dari seluruh negara : Ingat pesanan ini, ia baharu permulaan. Jatuh dan bangkit kembali. Orang putih kata 'Resilience' - the capacity to recover quickly from difficulties, toughness.
Kepada Allah, semua ini adalah kesyukuran kerana kita masih lagi mampu berdiri, berjalan dan berlari. Alhamdulillah.
ps 1 : Saya ambil masa lebih 24 jam untuk membuat posting ini kerana saya memahami euforia dan chaous yang melanda beberapa Badan Operasi, Mentor dan Penerima Anugerah. Anda hebat.
ps 2 : Saya dan Badan Operasi G2 hanya mempu lahirkan 7 orang sahaja. Maaf dan terima kasih kepada semua.
ARMIZAM ABD RAHIM
Pertama kali ditauliahkan Mentor pada tahun 2004
Pertama kali jadi Panel Penilai Emas Kebangsaan 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...