TUJUH ORANG ANAK FELDA PEMANIS MENERIMA PENARAFAN ANTARABANGSA ARPRM - DofE SESI 2019 DARI PRINCE EDWARD
Biodata Penerima Anugerah di sini : http://beliag2pemanis.blogspot.com/2019/09/413-penerima-emas-arprm-g2-sesi-2019.html

Anugerah telah disampaikan oleh His Royal Highness Prince Edward, The Earl Of Wessex dalam satu majlis yang diadakan di Sfartbury Asteria, Cyberjaya. HRH Prince Edward yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DofE Antarabangsa juga merupakan putera kepada Ratu England. DofE berasal dari United Kingdom dan diadaptasi di lebih 130 buah negara seluruh dunia sebagai program pembangunan remaja yang paling berprestij.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Stevan Sim, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pegawai - Pegawai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Pegawai - Pegawai KBS, Mr John May dari Ibu Pejabat DofE United Kingdom dan Madam Sue Wakler dari Pejabat DofE Asia Pasific.
Delegasi DofE Korea Selatan yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia juga turut bersama memeriahkan majlis.
Tujuh anak muda Felda Pemanis yang menerima anugerah untuk sesi ini adalah Mohd Affif Haziq Malik, 17 tahun, Nuraliah Syamimi Abdul Wahab (17), Suliyza Rosli (17), Hairul Asraf Abas (20), Mustakim Abdul Kahar (20), Nur Amirah Syafiqah Mohd Faizal (19) dan Iman Nurhaqim Norrizam (19).
Kesemua mereka juga merupakan pelajar SMK LKTP Pemanis, pelajar Kolej Matrikulasi Johor, mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Dari Johor, seramai 12 orang menerima anugerah dari dua Badan Operasi iaitu Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Buddhist Society. Untuk rekod, G2 merupakan satu - satunya Persatuan yang diberikan sijil kelayakan untuk melaksanakan ARPRM dari kawasan Felda lantas mengangkat nilai - nilai yang ada di dalam anak muda Felda.
Mereka telah melalui semua tahap projek, bermula dari Gangsa hinggalah ke Emas dalam masa paling minima 3 tahun dan lebih untuk setiap individu. Sepanjang projek dilaksanakan, kesemua mereka dibimbing di bawah permentoran utama Encik Armizam Abd Rahim dan Encik Azizi Abd Rahim. Mereka juga dibimbing oleh barisan Mentor lain seperti Encik Mohd Firdaus Zainal, Encik Hanafie Hasim, Encik Iftitah Ishak, Encik Raziman Joraimi, Cik Normah Taib dan Encik Shamsuddin Sukor.
Sepanjang 3 tahap itu, mereka melaksanakan 4 komponen wajib berdasarkan jumlah bulan dan jam yang ditetapkan iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Tambahan komponen khas pada Tahap Emas iaitu Projek Penempatan juga harus dilaksanakan. Diakhirnya, satu laporan setiap individu hendaklah dikemukakan dan mereka melalui sesi penilian bersemuka bersama Panel Penilai.
G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Prince Edward, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Malaysia, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Majlis Belia Daerah Segamat, semua barisan Mentor, guru - guru di SMK LKTP Pemanis, guru - guru di SMK Buloh Kasap, barisan jurulatih, Panel Penilai Dalaman, Panel Penilai Luaran, Panel Penilai Kebangsaan, ibu bapa peserta projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek bertahun - tahun untuk setiap kumpulan ini.
G2 juga merakamkan terima kasih kepada semua yang menyumbang bagi membawa anak - anak Felda Pemanis ke majlis tersebut.
Projek ARPRM dilaksanakan secara sukarela dengan menggerakkan anak muda dan seluruh tenaga sukarelawan dewasa dengan tujuan mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Ia juga merupakan pendidikan tidak formal yang digerakkan secara sukarela seluruh dunia dan mendapat pengiktirafan global.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)